Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mung.gah] | مموڠݢه

Definisi : 1. menurunkan (muatan kapal dll): orang biasa tidak boleh membuat kerja memuat barang-barang ke dlm kapal atau ~ barang-barang dr kapal; 2. membongkar, membuka (rumah dll): lepas itu D.O. datang suruh Pak Long ~ hari itu juga; siapa yg ~ tempat tidur kita ni? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mung.gah] | مموڠݢه

Definisi : menurunkan barang dr kapal, lori dll; mengangkut barang: Di Tanjung Evans, sibuklah mereka ~ muatan kapal itu ke darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punggah
Kata Terbitan : memunggah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan memunggah digunakan apabila kita mengangkut barang keluar dari lori. Apakah antonim bagi perkataan memunggah ? Bolehkah perkataan memunggah digunakan dalam kes kita mengangkut barang ke atas lori ?Mengikut Kamus Dewan, punggah bermaksud menurunkan barang dr kapal, lori; mengangkut barang. Terdapat frasa pungkah angkat yang bermaksud mengangkut, selain perkataan memuatkan.Makna03.09.2014
Pekerja memunggah barang-barang ke dalam lori. Bolehkah saya menggunakan perkataan "memunggah" dalam ayat ini?Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dan lain-lain). Oleh itu memunggahtidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, yang betul ialah memuat - pekerja memuat barang-barang ke dalam lori.Tatabahasa03.04.2009
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih.1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur".

2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?"

3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan.

4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan.

5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan.

6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu."

7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang."
Perkataan "menepi ke" mengelirukan.

8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif.
Tatabahasa26.11.2014

Kembali ke atas