Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.ngut] | مموڠوت

Definisi : 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.ngut] | مموڠوت

Definisi : 1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan, datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pungut
Kata Terbitan : memungut, pungutan,

Puisi
 

Sehari-hari memungut kerah,
     Dipungut oleh dara teruna;
Manakan hati tidak resah,
     Ada kekasih entah di mana.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara memungut dan mengutip? penggunaan kata seperti berikut adalah benar atau salah? 1. mengutip durian atau memungut durian? 2. mengutip sampah atau memungut sampah? 3. mengutip dompet di atas lantai atau memungut dompet ? Terima kasih.Perkataan memungut mempunyai makna yang sama dengan mengutip.  Mengikut buku Kamus Dewan, diberikan contoh bawah entri mengutipmengutip buah yang telah gugur; setiap pagi mereka mengutip sampah sarap di keliling kawasan sekolah; manakala bawah entri memungut pula diberikan diberikan makna  mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh), dalam hal ini memungut dompet.Makna06.06.2014
mengutip atau memungut kertas?Apakah perbzaan kedua-dua perkataan?

Memungut dan mengutip tidak jauh berbeza. Kedua-duanya boleh digunakan sama ada mengutip kertas atau memungut kertas. 

Tatabahasa21.08.2021
cikgu menyuruh (kami,dia,kalian)memungut sampah sebelum masuk ke dalam kelas. apa jawapan?Cikgu menyuruh kami/dia/kalian memungut sampah sebelum masuk ke dalam kelas. - ketiga-tiga perkataan kami, dia dan kalian boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. Tatabahasa31.01.2011
Yang manakah lebih sesuai, 1. operasi pungutan tol atau 2. operasi kutipan tol atau ada lain-lain istilah yang lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah operasi memungut tol ataupun operasi mengutip tol. Terima kasih.  Tatabahasa15.01.2009
assalamualaikum, menaiki or mengambil lif?? mana yang betul eh?Waalaikumussalam...
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dan lain-lain), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai, atau memasuki rumah mela­lui tangga manakala mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya, memungut sesuatu yg ada di bawah, menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak), memerlukan; memakan, mendapatkan sesuatu (seperti sukatan, bacaan), atau menerima orang untuk bekerja. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah menggunakan lif.  
Tatabahasa01.04.2019
Adakaha ayat ini betul: 1. Ibu sedang mengambil baju kerana hujan akan turun. Sekiranya saya ingin menyatakan situasi dimana seseorang sedang mengambil baju di ampaian, apakah kata kerja selain daripada "mengambil" yang boleh saya gunakan? Bolehkah saya gunakan ayat seperti berikut: 1. Ibu sedang mengutip baju kerana hujan akan turun. 2. Ibu sedang memungut baju kerana hujan akan turun. terima kasih.Kata kerja yang sesuai dan gramatis ialah mengangkat. Ibu sedang mengangkat baju kerana hujan akan turun. Mengangkat bermaksud membawa pergi atay membawa dari satu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat)Lain-lain22.03.2018
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas

2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret

3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu

4. mengangkat -  i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain.

Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun)

Makna20.09.2011
Definisi cukai.Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi.Makna08.05.2014
"terjatuh ke atas lantai" atau "terjatuh di atas lantai"? Ada yang mengatakan bahawa dua frasa itu berbeza muksud:1.Pensel saya terjatuh ke atas lantai. 2 Saya memugut pensel yang terjatuh di atas lantai itu. Adakah pendapat ini betul? sekian terima kasih.Berdasarkan dua ayat contoh tersebut, penggunaan kata sendi nama ke digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai.
Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan kata sendi nama ke dalam ayat (1) dan (2) tepat.
Tatabahasa05.05.2014
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015
12

Kembali ke atas