Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pungut
Kata Terbitan : memungut, pungutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara memungut dan mengutip? penggunaan kata seperti berikut adalah benar atau salah? 1. mengutip durian atau memungut durian? 2. mengutip sampah atau memungut sampah? 3. mengutip dompet di atas lantai atau memungut dompet ? Terima kasih.Perkataan memungut mempunyai makna yang sama dengan mengutip.  Mengikut buku Kamus Dewan, diberikan contoh bawah entri mengutipmengutip buah yang telah gugur; setiap pagi mereka mengutip sampah sarap di keliling kawasan sekolah; manakala bawah entri memungut pula diberikan diberikan makna  mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh), dalam hal ini memungut dompet.Makna06.06.2014
Yang manakah lebih sesuai, 1. operasi pungutan tol atau 2. operasi kutipan tol atau ada lain-lain istilah yang lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah operasi memungut tol ataupun operasi mengutip tol. Terima kasih.  Tatabahasa15.01.2009
Adakaha ayat ini betul: 1. Ibu sedang mengambil baju kerana hujan akan turun. Sekiranya saya ingin menyatakan situasi dimana seseorang sedang mengambil baju di ampaian, apakah kata kerja selain daripada "mengambil" yang boleh saya gunakan? Bolehkah saya gunakan ayat seperti berikut: 1. Ibu sedang mengutip baju kerana hujan akan turun. 2. Ibu sedang memungut baju kerana hujan akan turun. terima kasih.Kata kerja yang sesuai dan gramatis ialah mengangkat. Ibu sedang mengangkat baju kerana hujan akan turun. Mengangkat bermaksud membawa pergi atay membawa dari satu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat)Lain-lain22.03.2018
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas

2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret

3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu

4. mengangkat -  i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain.

Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun)

Makna20.09.2011
"terjatuh ke atas lantai" atau "terjatuh di atas lantai"? Ada yang mengatakan bahawa dua frasa itu berbeza muksud:1.Pensel saya terjatuh ke atas lantai. 2 Saya memugut pensel yang terjatuh di atas lantai itu. Adakah pendapat ini betul? sekian terima kasih.Berdasarkan dua ayat contoh tersebut, penggunaan kata sendi nama ke digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai.
Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan kata sendi nama ke dalam ayat (1) dan (2) tepat.
Tatabahasa05.05.2014
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan akan penggunaan perkataan "atas". "Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan, kerugian, denda dll. berkaitan transaksi yang tidak berjaya." "Hanya pindaan berikut terpakai atas akaun ini." Bolehkah saya mendapatkan pencerahan bila perkataan "atas" dan "ke atas" patut digunakan? Terima kasih.

Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan yang betul ialah atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian.  Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '... di atas meja'  dan '... di kampung'.

Penggunaan kata sendi nama "ke" digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai. Kata sendi nama "di"pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai. 

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain08.05.2018

Kembali ke atas