Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1) Petani itu menaburkan baja untuk anak-anak pokok yang baru ditanamnya itu. 2) Abang Man menarik tali belati itu sehingga putus. 3) Lembu peliharaan Pak Mail itu dikirakan banyaknya. 4) Datuknya amat kuat beramal. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah seperti yang berikut: 1) Petani itu menaburkan baja untuk anak-anak pokok yang baru ditanamnya itu. 2) Abang Man menarik tali belati itu sehingga putus. 3) Lembu peliharaan Pak Mail itu dikira banyaknya atau Pak Mail mengira lembu peliharaannya supaya dapat diketahui jumlahnya. 4) Datuknya amat kuat beramal. | Tatabahasa | 05.12.2021 |
Jawapan manakah yang betul ? Nenek membentangkan _______tikar mengkuang di halaman lalu menaburkan beberapa _________ padi untuk dijemur. A Sekajang.......genggam B Segelung.......gemal C segulung.......cekak D sehelai......cupak | Jawapan yang betul ialah D. sehelai .... secupak... | Tatabahasa | 21.05.2013 |
menghamburkan dan menyemburkan,apa bezanya? | Menghamburkan bermaksud membuang sesuatu (bunga dan lain-lain) merata-rata; sama makna dengan menyebarkan dan menaburkan. Menyemburkan bermaksud memancarkan sesuatu dari mulut. Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan peroleh data daripada kamus, istilah dan sebagainya. | Makna | 31.01.2011 |
berkejar-kejaran sama maksud dengan kejar-mengejar? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berkejar-kejaran bermaksud berlari beramai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat menghambat (buru-memburu). Contoh ayat, Dua tiga ekor ayam berkejar-kejaran apabila Majid menaburkan padi. Menurut Kamus Pelajar, kejar-mengejar pula bermaksud berlari kerana hendak menangkap, menyerang dan lain-lain. Contoh ayat, Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah.
| Lain-lain | 03.09.2021 |
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i | MAKNA APITAN meN…kan - Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
- Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
- Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan…
APITAN meN…i - Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
- Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
- Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:
mengakui = mengaku akan/tentang mempercayai = percaya kepada - Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,
* menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…
| Tatabahasa | 13.06.2009 |