Bolehkah pihak tuan tolong jelaskan penggunaan "bukan" dan "tidak" ? Terima kasih. | Kata nafi 'bukan' digunakan untuk menafikan atau menidakkan maksud yang dibawa oleh kata/frasa nama dan kata/frasa sendi nama. Contoh: 1. Makanan itu bukan untuk adik tetapi untuk kakak. (untuk ialah kata sendi nama) 2. Karya itu bukan tulisan saya. (tulisan ialah kata nama) Kata nafi 'tidak' ialah kata nafi yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan kata/frasa kerja dan kata/frasa adjektif. Contoh: 1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu tidak tepat. (tepat ialah kata adjektif) 2. Lelaki itu tidak hadir dalam mesyuarat syarikatnya, semalam. (hadir ialah kata kerja) | Tatabahasa | 19.12.2008 |
Penggunaan "tidak" dan "bukan" Manakah yang betul? i) tidak semua orang ii) bukan semua orang | Kata nafi 'bukan' digunakan untuk menafikan atau menidakkan maksud yang dibawa oleh kata/frasa nama dan kata/frasa sendi nama. Contoh: 1. Makanan itu bukan untuk adik tetapi untuk kakak. (untuk ialah kata sendi nama) 2. Karya itu bukan tulisan saya. (tulisan ialah kata nama) Kata nafi 'tidak' ialah kata nafi yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan kata/frasa kerja dan kata/frasa adjektif. Contoh: 1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu tidak tepat. (tepat ialah kata adjektif) 2. Lelaki itu tidak hadir dalam mesyuarat syarikatnya, semalam. (hadir ialah kata kerja) | Tatabahasa | 15.01.2013 |
apa beza antara tidak dan bukan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; manakala bukan pula 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262. | Istilah | 21.10.2009 |
maklumat berkenaan analisis kesalahan penggunaan kata nafi dalam penulisan | Ayat nafi ditandai dengan penggunaan kata nafi 'bukan' dan 'tidak'. Secara umumnya, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, contoh ayat : Dia tidak belajar, tetapi bermain. Atau ayat nafi dapat digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud, contoh ayat : Hidupnya tidak pernah senang. Ayat nafi juga sebagai penegas maksud dalam ayat tanya, contoh ayat : Bukankah beliau itu ayah kamu? Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kesalahan penggunaan kata nafi dalam penulisan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 493. | Tatabahasa | 14.03.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan ayat nafi dalam bahasa melayu? apakah ciri-ciri ayat nafi? bagaimanakah ayat nafi terbentuk? | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". “Baju itu bukan miliknya”. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi" | Tatabahasa | 24.01.2007 |
Adakah penggunaan kata nafi ayat di bawah ini betul? 1. Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. | Ayat "Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang" betul. Kata nafi bukan digunakan apabila menafikan frasa yang membawa maksud bertentangan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Saya Komariyah Satapo, Sedang belajar Bahasa Melayu,di Pusat Bahasa antarabangsa UIY Thailand. Ingin betanya tentang Tatabahasa, Apakah maksud kata nafi,Terima kasih. | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi" | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Saya Nabila Samani, sedang belajar di pusat Bahasa Melayu kelas dasar, ingin bertannya tentang tata bahasa, apakah perbezaan kata nafi dengan kata perintah, terima kasih. | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi" Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 26.11.2013 |
slm sjtr. apakah perbezaan antara perkataan "tidak" dengan perkataan "tiada". dlm ayat atau gambaran macam mana perkataan ini digunakan. masalah yang sama dengan perkataan "baru" dengan "bharu"...... terima kasih atas pertolongan tuan. | Tidak bermaksud digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; Tiada bermaksud 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau bandingannya; dgn ~ tanpa; Baru/Baharu sebagai kata sifat dalam penggunaan kereta baru/baharu;rumah baru/baharu. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini atau saya baru sampai. | Tatabahasa | 20.03.2008 |
Penggunaan *Muka Buku sebagai padanan Facebook semakin meluas. Seorang penyanyi mempopularkan padanan itu melalui lagu “Cinta Muka Buku”. Sebaliknya, Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa (Dr. Haji Awang Sariyan) tidak bersetuju dengan padanan *Muka Buku. Beliau menyokong penggunaan padanan Buku Wajah tetapi tidak menafikan hak mereka yang suka menggunakan istilah asal, iaitu Facebook. Beliau menyatakan hal ini di laman Kumpulan Kembara Bahasa pada 27 Januari 2012. Apakah pula pandangan pihak Khidmat Nasihat DBP? | Beberapa istilah diperkenalkan kepada khalayak sebagai padanan perkataan facebook dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun perkataan facebook dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu kerana facebook merupakan kata nama khas sama seperti Internet. | Istilah | 13.04.2012 |