Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.han] | مناهن

Definisi : memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan, dll): ~ bubu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.han] | مناهن

Definisi : 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diper­daya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu se­pan­jang-panjang sungai itu akan ~ angkat­an dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm pen­jara (utk sementara sahaja), memenjara­kan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menye­kat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permin­taan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup men­derita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.han] | مناهن

Definisi : 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Budak-budak menahan taut,
     Joran dicacak di tepi kolam;
Asal ikan tempat di laut,
     Kenapa masak dibubuh garam?


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Bungkal genap menahan cuba,
     emas baik menahan uji.

Bermaksud :

Keutamaan sifat seseorang dapat diuji dan dicuba. genap = cukup timbangannya; bungkal (bungkalan) = anak timbangan, ukuran berat emas.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka bukan godaan pada orang yang tidak dapat menahan diri / Mereka bukan godaan kepada orang yang tidak dapat menahan diriMereka bukan godaan kepada orang yang tidak dapat menahan diri.Tatabahasa23.09.2011
Polis menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh dua orang lelaki, yang dipercayai digunakan dalam satu rompakan kedai emas. Soalan: Mengapakah perkataan "dipercayai" boleh digunakan dalam ayat tersebut? ini kerana kalau diaktifkan imbuhan "diper....i" akan menjadi "memper...i", sedangkan imbuhan "memper...i" hanya boleh menerima empat perkataan iaitu "memperingati, mempersuami, memperisteri, memperkawani".Ungkapan 'dipercayai' dalam ayat tersebut boleh digunakan kerana perkataan tersebut menggunakan imbuhan di-...-i bukannya diper-...-i. Kata dasar perkataan tersebut ialah percaya bukannya caya. Sekiranya perkataan tersebut hadir dalam ayat aktif transitif ia akan menerima apitan meN-...-i, iaitu mempercayai bukannya mempeR-...-i.Tatabahasa20.09.2007
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok  2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah.Makna11.05.2012
Saya biasa dengar peribahasa menahan lukah di pergentingan, baru-baru ini saya terbaca pulak ada menahan lukah di penggentingan. Adakah pergentingan dan penggentingan itu perkataan yang sama maksud walaupun sedikit berlainan ejaan dan boleh juga diterima dari segi bahasa?Ejaan yang betul ialah pergentingan yang bermaksud tempat yang genting. Penggentingan bermaksud perihal atau perbuatan menggentingkan.Ejaan04.03.2008
apakah maksud "sangga"Sangga I : benda yang digunakan untuk menopang (menahan dll) dari bawah.
Sangga II : ; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia.
Sangga III : Kelantan 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan (menepis, me-nangkis) serangan atau pukulan dgn tangan.
Sangga IV : Jawa; ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat).
Sangga V: Kedah; tak ~ terlalu, sangat: besar tak ~.
Makna11.01.2013
keluarga Mak Limah terpaksa menahan lapar oleh sebab suaminya tidak dapat ke laut akibat sakit. tuan, apakah kesalahan dalam ayat ii? tq

Dari segi nahu ayat tersebut adalah betul tetapi kurang tepat dari segi makna/jalan ceritanya.

Tatabahasa20.09.2011
Salam, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk aksi mengimbangkan badan dengan menahan kepala di bawah manakala kaki dalam keadaan lurus ke atas? Terima kasih.Istilah yang betul ialah balik jungkir, iaitu kepala di bawah, kaki di atas.Tatabahasa29.10.2013
Apakah penjodoh bilangan untuk, 'bidai'? Encik Nazharul menggantungkan _______ bidai di hadapan kedainys bagi menahan pancaran terik matahari. A sehelai B sebidang C sekeping D sekajang

Saudara Shevir,

Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekeping bidai. Walau bagaimanapun penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada bentuk sesuatu benda, iaitu sekiranya bergulung bolehlah menggunakan segulung bidai. 

Tatabahasa03.08.2009
Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi penggunaan tatabasa dan istilahnya? 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan negara 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang,menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar.Jawapan:

1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan Negara. - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat: Guru luar bandar perlu memahami transformasi pendidikan Negara.
2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. - Perkataan justeru tidak boleh diletakkan di pangkal ayat kerana justeru merupakan penanda wacana. Contoh ayat: Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.
3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. = Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, berdasarkan keputusan jawatankuasa antikeganasan Negara.
4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. = Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang tepat: Salah satu daripada letupan menyasarkan pasar ikan di Baga Sola, manakala dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar
Tatabahasa01.11.2015
Adik menangis kerana tidak dapat ___ kesakitan itu. perkataan "menelan" sesuai dalam ayat di atas ??Perkataan yang tepat ialah menahan kesakitan.Tatabahasa23.07.2013
123

Kembali ke atas