Menaiktaraf atau menaik taraf - dikenal pasti atau dikenalpasti - membaik pulih atau membaikpulih | Ejaan yang betul ialah menaik taraf, dikenal pasti dan membaik pulih. | Ejaan | 02.03.2015 |
Ungkapan menaiktaraf sering digunakan dalam artikel maupun kertas cadangan tetapi tidak ditemui dalam kamus. Saya mohon kepastian dalam perkara ini kerana saya temui perkataan menaiktarafkan tetapi tidak menaiktaraf. Saya juga mohon kepastian tentang ejaan menaiktaraf atau menaik taraf. Terima kasih. | Perkataan naik taraf apabila menerima imbuhan meN menjadi menaiktarafkan. Perkataan ini tidak terdapat di dalam kamus kerana perkataan ini merupakan istilah. | Ejaan | 04.03.2008 |
maksud naiktaraf Dan menaiktaraf? | Tuan, Perkataan tersebut dieja sebagai 'naik taraf' dan 'menaik taraf'. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah meningkatkan. | Makna | 16.04.2019 |
Pentadbiran Majlis Daerah Mersing sedang dalam proses menaiktaraf papan nama jalan. Adakah wajar kami menggunakan singkatan ejaan "Jalan" kepada "Jln" sahaja. Seperkara lagi ialah wajarkah kami meletakkan perkataan "Rd" (Road) di hujung perkataan kerana, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing. Contoh papan nama jalan yang dimaksudkan seperti berikut: Tulisan Jawi (Dieja secara penuh) JLN. TALAPIA RD Kerjasama bakal diberikan amat dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih. | Kami cadangkan ejaan "Jalan" dieja penuh kerana kalau diringkaskan menjadi "Jln.", hanya berbeza dua huruf sahaja. Walaupun Mersing sebuah bandar yang dikunjungi ramai pelancong asing, tetapi masih tertakluk pada undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung Mersing boleh menjadi "duta" memperkenalkan bahasa Melayu kepada pelancong asing. Semoga kita menjadi seperti bangsa besar lain di dunia seperti Jepun, China dan Perancis yang berbanggsa dengan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara mereka. | Lain-lain | 19.07.2012 |
Salam, ingin bertanya tentang perkataan menaik taraf atau menaiktaraf / dikenalpasti atau dikenal pasti. Mana satukah yang merupakan ejaan yang betul dan tepat mengikut penggunaan bahasa terkini. Sekian Terima Kasih | Waalaikumsalam. Ejaan yang betul ialah "menaik taraf" dan "dikenal pasti". | Tatabahasa | 01.03.2015 |
Assalamualaikum, Mana satu yang betul sama ada MENAIK TARAF atau MENAIKTARAF dan UNIT SELENGGARA JALAN atau UNIT SENGGARA JALAN. Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah menaik taraf dan unit selenggara jalan. | Tatabahasa | 24.05.2007 |