Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.kut.kan] | مناکوتکن

Definisi : 1. menyebabkan orang takut akan (kpd): hukuman yg diberi itu mestilah ~ supaya menjadi contoh dan mencegah orang lain melakukan kesalahan; 2. menim­bulkan perasaan takut, mengharukan: peris­tiwa itu menggerunkan, ngeri dan ~; 3. berasa takut akan, gelisah (khuatir) terhadap sesuatu: ditakutkan hujan di tengah jalan nanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.kut.kan] | مناکوتکن

Definisi : 1 menyebabkan berasa takut; menggerunkan: Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ~. 2 menjadikan orang takut akan (kpd); menimbulkan atau menerbitkan rasa takut kpd: Kamu terlalu suka ~ dia dgn yg bukan-bukan. Hukuman itu telah ~ orang lain drpd melakukan kesalahan yg spt itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ratusan tahun dahulu dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKAyat tersebut adalah betul dan perlu ditambah tanda koma selepas perkataan "dahulu". Ratusan tahun dahulu, dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan.Tatabahasa08.04.2012
tuan, Mangsa taufan Katrina itu dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah itu dalam keadaan yang____. A menakutkan B mengerikan C menyeramkan D menyeriaukan apakah jawaban yang sesuai. menurut buku rujukan, jawaban ialah B, tetapi saya masih kekeliruan, tqPada pandangan kami, jawapan yang paling tepat dalam konteks ayat yang diberikan ialah B. mengerikan.Tatabahasa22.01.2012
selamat pagi. Terima kasih jawapan yang diberikan. Bolehkah dalam kata penguat bebas seperti sangat , sunggh dan amat boleh disertai dengan perkataan " sekali "' Contohnya : sangat tinggi sekali amat menakutkan sekali Sekian.Kata penguat “amat”, “sangat”,sungguh”, dan “begitu” semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Ayat yang anda berikan adalah betul. Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dan "ter " sahaja. Contohnya, penggunaan kata penguat yang salah dalam contoh berikut: Anita gadis tercantik sekali di dalam kelasnya. Ali pemuda paling tinggi sekali dalam pejabatnya.Tatabahasa04.08.2009
1)Manakah antara berikut yang benar? rumah orang-orang tua, rumah orang tua-tua atau rumah orang tua sahaja. * Ramai rakan saya yang mengatakan "rumah orang-orang tua" sedangkan saya berpendapat orang-orang membawa maksud sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung di bendang. 2) Manakah ayat yang berikut benar? i) Mereka sedang menjalankan latihan kawat di padang. ii) Mereka sedang menjalani latihan kawat di padang. 3)

1. Frasa yang betul ialah rumah orang tua. 

2. Ayat yang betul ialah mereka sedang menjalani latihan kawad di padang. 

Istilah12.04.2009
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu  1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul.  Tokoh25.07.2010
saya keliru dengan pengunaan perkataan orang. adakah perkataan orang sudah menunjukkan bilangan yang banyak seperti masyarakat? adakah perkataan orang boleh digandakan? yang mana tepat rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua?

Perkataan orang tidak menunjukkan bilangan yang banyak seperti masyarakat. Perkataan orang boleh digandakan tetapi tidak digalakkan kerana ia mempunyai makna kedua, iaitu orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. Istilah yang tepat ialah rumah orang-orang tua ataupun  boleh juga digunakan rumah orang tua.  

Istilah24.02.2010
Saya ingin menyoal berkenaan penggunaan perkataan 'orang-orang' dalam bahasa Melayu. Adakah perkataan tersebut sah digunakan sebagai kata jamak ataupun perkataan tersebut hanya merujuk kepada patung yang diletakkan di tengah sawah? Perkataan tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tetapi saya mendapatinya dalam satu entri Kamus Pelajar Edisi Kedua.Kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung.Makna03.12.2013
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih.Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~.Istilah23.05.2013

Kembali ke atas