Apakah perbezaan antara menamakan dengan menamai? Kelihatan banyak konteks yang memerlukan penggunaan menamai tetapi masyarakat cenderung hanya menggunakan menamakan. | Bagi membezakan penggunaan me...i dan me... kan, tuan boleh menggunakan rumus, iaitu apitan me ...i perlu menerima orang sebagai objek manakala apitan me..-kan menerima objek bukan orang. Tuan boleh menggunakan kata tanya siapa dan apa bagi membezakan penggunaan yang tepat. Contohnya, menamai siapa? menamakan apa? menemui siapa? menemukan apa? | Tatabahasa | 19.11.2013 |
Adakah ayat yang berikut betul? Saya menamai kucing itu Si Manis. | Ayat "Saya menamai kucing itu Si Manis" itu sudah betul. | Tatabahasa | 29.07.2015 |
saya ___ kucing ini Si Tompok. 'menamai' atau 'menamakan'? | Ayat yang betul ialah "Saya menamai kucing ini Si Tompok." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Saya menamai kucing itu sebagai Si comel. 2. Saya memberi Si Comel makanan dan minuman setiap hari. | Kedua-dua ayat adalah betul. | Tatabahasa | 01.09.2014 |
'saya ada seekor kucing.ia berwarna hitam.saya menamai kucing saya si putih.saya sayangkan si putih.' -mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. | (Persoalan: Kenapa menamakan kucing yang hitam sebagai Putih?) Saya ada seekor kucing. Warna kucing saya hitam tetapi saya menamainya Si Putih. Saya sayang akan Si Putih. Sayangkan untuk lisan. Untuk tulisan rasmi sayang akan. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
di manakah saya boleh merujuk perkataan yang dieja menggunakan ejaan lama seperti nama tempat. Contohnya Cherok, machang, alma, bubok | Untuk makluman puan, tidak ada satu garis panduan khusus atau rujukan khusus oleh masyarakat dahulu untuk menamai tempat dengan menggunakan sitem ejaan lama. Contohnya, Cherok, Machang, Bubok, dan sebagainya. Kemudian, nama tempat tersebut diwartakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, kini DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua untuk rujukan dan panduan untuk masyarakat atau pihak berkuasa tempatan untuk menamai sesuatu tempat atau daerah. | Lain-lain | 19.03.2009 |
Mohon senarai nama bunga yang ada dimalaysia | Saudara boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Jalan, Bangunan, Kawasan Perumahan dan Tempat Awam Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Frim. | Lain-lain | 07.03.2008 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera, saya ingin bertanya 2 soalan. 1) Di manakah saya boleh membeli buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan? 2) Apakah contoh nama yang sedap & baik untuk pusat tuisyen? Boleh tuan beri saranan sedikit? | Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau wakil pengedar DBP. Nama yang sesuai dengan pusat tuisyen ialah nama yang boleh dikaitkan dengan ilmu dan pendidikan seperti Pusat Tuisyen Bestari. | Lain-lain | 15.07.2015 |
tolong cadangkan nama pusat tuisyen bahasa yang mengandungi nilai cinta akan bahasa kebangsan | Saudara boleh merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini menyenaraikan pelbagai nama indah untuk membantu masyarakat pengguna bahasa dalam proses penamaan. Antara nama yang terdapat di dalam buku tersebut ialah suluh pekerti, suluh murni, suluh bestari dsb.. | Lain-lain | 26.01.2009 |
Tuan , saya ingin tahu manakah penyataan yang betul untuk ayat-ayat di bawah I Anak itu menyangka orang itu bapanya. II Adik menamai kucing itu Si Belang. i)Ayat di atas mengandungi dua objek. ii) Frasa (bapanya dan Si Belang) ialah penerang. iii) Kedua-dua ayat di atas dapat dipasifkan. iv) Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja tak transitif. Mohon penjelasan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. | 1. Ayat tersebut masing-masing mengandungi satu objek. 2. Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif. | Tatabahasa | 08.05.2013 |