Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.mat.kan] | منمتکن

Definisi : 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.mat.kan] | منمتکن

Definisi : 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Format Surat Menamatkan Perkhidmatan PekerjaUntuk makluman semua surat rasmi sektor awam menggunakan format rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Yang berbeza hanyalah kandungan surat berkenaan. Oleh itu sila rujuk format surat rasmi.   Lain-lain24.06.2008
Tuan/Puan, bagaimana menggunakan tanda petikan dengan satu koma ' '? dia menamatkan 'ceramah' itu atau dia menamatkan "ceramah" ituTanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Motivasi Diri'."Ejaan22.03.2012
salam sejahtera, saya ingin mengetahui adakah pihak DBP sudah menamatkan khidmat thesaurus

Untuk menggunakan perkhidmatan carian tesaurus sdr.  boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain08.05.2009
Murid akan dapat: (i) mengenal pasti ungkapan kuadratik. (ii) membentuk ungkapan kuadratik. (iii) menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik. Soalan saya: "Adakah betul saya memulakan setiap pernyataan (i), (ii) dan (iii) dengan huruf kecil dan menamatkan dengan noktah? Bolehkah saya mulakan dengan huruf besar?" Sekian. Terima kasih.

Pengejaan tanda baca yang betul adalah seperti yang berikut:

Murid akan dapat:

(i) Mengenal pasti ungkapan kuadratik.

(ii) Membentuk ungkapan kuadratik.

(iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik.

- Menggunakan huruf besar pada setiap permulaan ayat dan diakhiri dengan noktah.

Ejaan28.01.2010
adakah ayat-ayat di bawah ini betul?jika salah, tolong betulkan, terima kasih. 1)Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan. 2)Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. 3)Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. 4)Datuk saya melawati adiknya. 5)Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar-segar. 6)Mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.1. Ayat (1), (2), (3) dan (4) betul.
2. Ayat (5): Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kelima dibetulkan menjadi "Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar belaka".
3. Ayat (6): Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Tatabahasa15.08.2013
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih.

Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb).

Tatabahasa06.04.2011
saya ada 3 soalan : 1- saya ingin tahu jawatan-jawatan yang terdapat dalam setiap jabatan di dewan bahasa dan pustaka. hal ini kerana saya sukar untuk mengisi borang permohonan jawatan kerana tidak mengetahui jawatan yang terdapat di DBP. 2-saya pelajar dari akademi pengajian Melayu, UM dan akan menamatkan tempoh pengajian lebih kurang 4-5 bulan lagi. pengkhususan (major) saya ialah sosio-budaya Melayu dan minor saya ialah kesenian Melayu. saya ingin tahu dengan bidang pengajian saya, jawatan apa yang boleh saya pohon? 3-Dengan tempoh pengajian saya yang berbaki4-5 bulan lagi, bolehkah saya mengisi borang permohonan jawatan kosong dalam tempoh yang terdekat ini?

Salam,

1. Dimaklumkan setiap iklan kami ada menyatakan nama skim perkhidmatan/jawatan yang hendak diisi.

2. Di dalam iklan jawatan kosong DBP, kami ada menyatakan jenis kelayakan yang diperlukan untuk mengisi sesuatu jawatan. Antara jawatan di DBP yang sdr boleh mohon dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ialah Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 atau Pegawai Tadbir Gred N41.

3. Permohonan sesuatu jawatan hendaklah disertakan dengan segala kelayakan yang diperlukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan.

TK.

Lain-lain21.01.2009
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh “meradang” ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut.Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan.Makna02.11.2007
Assalamualaikum Saya pelajar Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Major dalam Kesusasteraan dan minor dalam Bahasa Melayu. Saya sedang menunggu konvokesyen. Saya sangat berminat untuk berkhidmat dengan DBP. Boleh saya tahu jawatan apa yang sesuai dengan bidang saya. Bagaimana untuk saya mendapatkan borang permohonan serta tarikh tutup penghantaran tersebut. Terima kasih.

Kami mengucapkan terima kasih di atas minat saudari untuk berkhidmat di DBP. Bidang pengajian saudari sesuai bagi jawatan pegawai perancang bahasa. Walau bagaimanapun, tiada kekosongan jawatan di DBP pada masa ini. Untuk makluman pihak saudari, pengisian jawatan di DBP adalah berdasarkan iklan jawatan kosong yang disiarkan secara rasmi di dalam akhbar. Saudari juga boleh melayari laman sesawang DBP di http://www.dbp.gov.my atau jobsmalaysia di http://www.jobsmalaysia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan di DBP (sekiranya ada). Borang permohonan jawatan boleh didapati di laman sesawang rasmi DBP. Saudari juga dinasihatkan supaya menggunakan bahasa Melayu dalam sebarang urusan rasmi di DBP. Tahniah sekali lagi kerana telah menamatkan pengajian dan menunggu hari konvokesyen saudari.

Lain-lain28.06.2011

Kembali ke atas