Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari muara mudik ke hulu,
     Sambil menyanyi mendayung sampan;
Belum bersuara tersenyum dulu,
     Menambah seri wajah rupawan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008
Skema warna (menambah/menambahkan) keceriaan.Yang mana satukah betul?Jika boleh tolong berikan maksud dua perkataan itu.Saya sering keliru mengenai kena guna -kan atau tidak............Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Skema warna menambah keceriaan'. Makna18.01.2012
Adakah kata "tambah" kata adjektif? Dan, bolehkah kata "tambah" menerima awalan rangkap "memper-"? Yang mana betul: (a) menambah produktiviti atau menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi atau menambahkan gula dalam air kopi? Hal ini demikian kerana maksud dan contoh penggunaannya agak mengelirukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih.Tambah - bukan keta adjektif. Merujuk Kamus Dewan, tambah boleh menerima awalan memper... - mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak/besar/kuat dsb, atau memberi tambah/menokok, manakala menambahkan bermaksud menambahkan sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Oleh itu yang betul ialah, a)menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi.Tatabahasa08.07.2008
1. menambah ilmu atau menambahkan ilmu?Frasa yang betul ialah menambah ilmu.Tatabahasa11.03.2010
i. Menambah atau menolak dua pecahan algebra yang mempunyai penyebut yang sama. ii. Menambah atau menolak dua pecahan algebra dengan penyebut yang sama. Adakah dua ayat di atas sama makna? Terima kasihKedua-dua ayat tersebut mengandungi makna dan arahan yang sama.Tatabahasa08.04.2011
"Dengan kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya." Soalan: Boleh atau tidak perkatan "dengan" digunakan pada permulaan ayat? diharap pihat DBP dapat berikan penjelasan lanjut. terima kasih.

Kata "dengan" boleh digunakan pada permulaan ayat, tetapi ayat yang saudara berikan telah lengkap tanpa adanya kata "dengan" -  Kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya."

Tatabahasa27.05.2008
Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. III Menggantikan unsur-unsur tertentu kepada kata dasar. IV Mencantumkan huruf dan suku kata serangkaian perkataan sesedap sebutan. A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IVAntara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata?

I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar.

A. I dan II
Tatabahasa17.10.2013
Betulkah? setiap kata adjektif tidak boleh menambah akhiran -Kan. Mengapa?Kata ajdektif merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif dan boleh menjadi penerang kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Menjawab persoalan saudara, kata ini tidak boleh digunakan jika ditambah imbuhan. Contoh imbuhan memper- digandingkan dengan kata sifat atau kata adjektif, maka tidak perlu ditambah akhiran -kan kerana dianggap lewah.Tatabahasa04.04.2007
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu. Perlukah kita menambah imbuhan apitan bagi perkataan yang pertama jika terdapat dua kata terbitan digunakan dalam satu ayat? Contohnya: Mereka mengumpulkan dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik. Atau sebenarnya patut ditulis, 'Mereka mengumpul dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik'?Terima kasih.Ayat "Mereka mengumpul dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik." sudah gramatis tanpa meletakkan imbuhan -kan bagi perkataan mengumpul.Tatabahasa12.03.2013
Dalam penulisan cerpen , adakah diizinkan jika penulis menulis dengan menambah perkataan Inggeris untuk komunikasi watak ? Atau ini dikatakn pencemaran bahasa ?

Dalam penulisan cerpen/novel, pengarang dibenarkan menulis dalam dialog perkataan/bahasa Inggeris tetapi dalam kapasiti perkataan/ayat yang terhad. Semua perkataan yang menggunakan bahasa Inggeris perlulah diitalickan (menggunakan perkataan condong)  - bukan pencemaran bahasa.

Sekian dan salam.

Lain-lain02.04.2009
123456

Kembali ke atas