Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bat] | منمبت

Definisi : 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat, mena­wan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bat] | منمبت

Definisi : 1 mengikat sesuatu dgn tali pd pancang (tiang, pokok dll): Dia turun ke sungai utk ~ perahunya. 2 ki memikat hati seseorang; menawan: Akhirnya dia berjaya ~ hati gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambat
Kata Terbitan : bertambat, menambat, tertambat, tambatan, pertambatan, penambat,

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah compelling yang diberi menambat hati dalam carian kata....adakah satu lagi istilah yang lebih mantap untuk satu perkataan yang menggambarkan istilah COMPELLING contohnya usability = kebolehgunaanBerdasarkan data yang ada compelling diterjemahkan kepada menambat perhatian atau mendorong. Jika kedua-dua terjemahan ini kurang tepat, sila kemukakan conteks penggunaan kata tersebut untuk kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan04.08.2014
Selamat sejahtera tuan dan puan. Apakah jawapan bagi soalan ini. Mohon penjelasan.Pak Mat menggunakan se---- tali untuk menambat kambingnya pada batang pokok kelapa A utas B laras C pucuk D lembar Sekian terima kasihPak Mat menggunakan seutas tali untuk menambat kambingnya pada batang pokok kelapa.
 
Tatabahasa04.06.2015
salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya?Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. Lain-lain08.01.2010
Adakah perkataan "tawari" itu betul? atau kita haya boleh menggunakan menawari?Istilah tawari tidak wujud dalam sistem kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud menawari ialah mem­berikan sesuatu (pekerjaan dsb) kepada, mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari, atau memujuk, memikat, menambat (hati perempuan). Istilah27.12.2016
Apakah beza tebatan dan tambatan banjir. Yang manakah sesuai tebatan banjir atau tambatan banjir?Istilah yang betul ialah "tebatan banjir".  Perkataan tambatan tidak sesuai untuk banjir kerana maksud tambatan ialah: 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian mem­buka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih;Makna19.10.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan novel popular dan novel berat? Apakah perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis novel?

             Untuk pengetahuan saudara, belum ada definisi yang tuntas berkaitan dengan novel popular dan novel serius. Walau bagaimanapun kedua-dua novel ini dapat  dibezakan. Antara ciri-ciri novel popular ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel popular diminati oleh golongan remaja. Novel  popular juga  mempunyai nilai komersial, yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya.

 

              Manakala novel serius pula dikenali juga sebagai novel intelektual iaitu novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel serius, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. 

Sastera28.11.2019

Kembali ke atas