Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.pa/] | منمڤق

Definisi : (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pa/] | منمڤق

Definisi : melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menampak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan.Ibu bapa juga berbuat demikian apabila menampak anak jiran pergi ke tuisyen.Mereka pun mencontohi perbuatan jiran untuk menunjukkan mereka pun mampu menghantar anak ke kelas tuisyen.Dalam persaingan antara ibu bapa dengan jiran,anak-anak menjadi mangsa.Anak-anak terpaksa akur kepada cakap ibu bapa dan pergi ke kelas tuisyen.Perbuatan ibu bapa ini dapat dikatakan“gajah sama gajah berganding,pelanduk mari di tengah-tengah".Dalam ayat pertama lagi "Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan" mengandungi kesalahan . Penggunaan kata kurang tepat, kata sendi nama tidak tepat dan bahasa percakapan, maka ayat yang dibina tidak gramatis. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.

Tatabahasa29.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan.Ibu bapa juga berbuat demikian apabila menampak anak jiran pergi ke tuisyen.Mereka pun mencontohi perbuatan jiran untuk menunjukkan mereka pun mampu menghantar anak ke kelas tuisyen.Dalam persaingan antara ibu bapa dengan jiran,anak-anak menjadi mangsa.Anak-anak terpaksa akur kepada cakap ibu bapa dan pergi ke kelas tuisyen.Perbuatan ibu bapa ini dapat dikatakan“gajah sama gajah berganding,pelanduk mari di tengah-tengah".Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015

Kembali ke atas