Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampar, menempeleng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampal dgn perca kain dll (utk mengganti yg koyak atau sobek), me­nam­pal: bakul yg tembus ditampung dgn mengkuang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampal dgn perca kain dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 mem­beri tempat (ruang dsb) utk: Sta­dium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampung
Kata Terbitan : menampung, penampungan, penampung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih

1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini

2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan

3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 

4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami

5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong.

6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 

7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja.

8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik.

Tatabahasa07.10.2010
Stadium Malawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81 000 orang dalam suatu masa. MUNSYI< JAWABAN KESALAHAN PADA KEBANJIRAN, tetapi saya berpendapat kebanjiran adalah betul , Bolehkah munsyi berikan tunjuk ajar sama ada kebanjiran betul atau salah? TKAntara maksud kebanjiran termasuklah dipenuhi oleh manusia dan penggunaan perkataan kebanjiran dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa15.05.2012
Assalamualaiku Wbrt. Tuan Sukacita pihak tuan dapat menyatakan sama ada ayat d bawah betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Terima kasih. Daripada; Izani b. Hj. Daud1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. Perkataan kebanjiran bermaksud dipenuhi oleh manusia tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Ayat ini betul.
Tatabahasa18.09.2012
Nek Miah sedang ___air hujan menitik dari atap rumahnya yang bocor menggunakan baldi. B menadah C menampung (munsyi, apakah jawaban yang sesuai, TK.)Menadah.Tatabahasa07.03.2013
Adakad DBP menyediakan ape-ape penajaan untuk pelajar terutamanya mahasiswa.Saya dari Akademi Pengajian Melayu UM,memohon jasa baik dbp untuk mendapatkan sedikit tajaan daripada pihak tuan untuk menampung perbelanjaan Projek Fakulti kami...dan Apakah prosedur yang perlu kami lakukan?Terima kasih soalan yang dikemukakan.  DBP amat menyokong usaha-usaha pihak luar (NGO, Sekolah, Pelajar dsb.) untuk bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu.  Tajaan DBP berbentuk buku pelbagai tajuk dan bidang mengikut program yang dianjurkan.  Kami cadangkan tuan menghantar surat permohonan kepada Pengarah Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur.  Surat permohonan penting bagi kami meneliti dengan lebih terperinci program yang dianjurkan oleh tuan. Terima kasihLain-lain29.07.2008
Saya sedang dalam proses menterjemah laman web kerajaan (dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu) apa istilah yang sesuai bagi perkataan 'patch' dan 'patching security hole' Terima kasih.Dalam bidang komputer padanan bahasa Melayu bagi  perkataan patch ialah tampal, tompok atau tampung. Padanan bagi patching security hole pula ialah menampal/menampung lubang keselamatan. Walau bagaimanapun penggunaan padanan ini bergantung pada konteks penggunaan dan konsep yang hendak diterangkan. Istilah16.07.2008

Kembali ke atas