apitan meN-...i menandakan lokatif. Bolehkah pihak tuan menjelaskan makna lokatif dan memberikan contohnya sekali. | Lokatif ialah makna tatabahasa yang dikaitkan dengan imbuhan dalam ayat ntuk menandakan tempat berlakunya perbuatan. Contohnya ...i dalam ayat murid-murid menaiki bas dan Ali menghampiri lembaga itu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 05.12.2008 |
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasih | Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 21.12.2012 |
saya keliru dengan penggunaan perkataan menghadiahi dan menghadiahkan. contoh ayat; ayah menghadiahi/menghadiahkan adik mainan. | Puan Zaimah, Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif, manakala apitan meN...i menandakan lokatif. Contoh: Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, iaitu basikal, manakala meN...i menerima objek bernyawa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. | Tatabahasa | 04.05.2010 |
Apakah perrbezaan antara imbuhan antara meN-kan dan meN-i? | Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
APAKAH JAWAPAN BAGI SOALAN SAYA?:BAGAIMANA HENDAK MEMBEZAKAN ...i DAN ...kan?TERIMA KASIH | Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, dibahagikan kepada tiga: (i) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. b. Pak osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (ii) Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (ii)b sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. (iii) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a. Ali membaiki kereta yang rosak. b. Ali membaikkan kereta yang rosak. Harap maklum. | Tatabahasa | 13.09.2006 |
bolehkah saya tanya tentang penggunaan imbuhan "me...kan" dengan "me...i"?? terima kasih | Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui penggunaan kata kerja diakhiri imbuhan 'kan' dan 'i'. Contohnya, 'menghadiahkan' dan 'menghadiahi'. Saya berharap pihak tuan dapat membantu meleraikan kemusykilan ini. Sekian terima kasih. | Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif, manakala apitan meN...i menandakan lokatif. Contoh: Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, iaitu basikal, manakala meN...i menerima objek bernyawa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. | Tatabahasa | 02.06.2010 |
Penggunaan imbuhan meng--kan dan meng--i | Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dan meN-...-i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga: i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala meN-...-i menandakan lokatif. Contoh: Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ali dan Pak Osman menghadiahi Ali sebuah basikal. ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i lazimnya menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas. iii. Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contoh: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207. | Tatabahasa | 16.09.2011 |
tolong terangkan kepada saya cara bagaimana penggunaan kata yang berapitan me.....i atau me.....kan. berfungsi. Berikan saya penerangan yang paling mudah agar dapat saya terangkan kepada para pelajar saya dan mereka mudah menmahaminya. | Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif dan meN...i menandakan lokatif. Cth. Ahmad menghadiahkan bola kepada anaknya. Ahmad menghadiahi anaknya bola. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu halaman 197. | Tatabahasa | 03.10.2007 |
Apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk menandakan susunan keturunan (tiris) dalam TERSILAH keluarga yang bermula dengan MOYANG, Datuk, Anak, cucu, cicit ...........? | Istilah yang sesuai ialah salasilah. | Istilah | 03.01.2011 |