Salam, Mohon panduan ayat manakah yang betul? Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dengan Y atau Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara X dan Y | Frasa yang betul ialah "Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dan Y". | Tatabahasa | 18.10.2013 |
"menandatangan surat" atau "menandatangani surat"? | Ungkapan yang betul ialah menandatangani surat. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Assalammualaikum, Bagaimana saya boleh mendapat panduan mengenai penulisan surat yang betul. Contohnya, sekiranya seseorang menandatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah sesebuah organisasi, bolehkah surat berkenaan disalinkan kepada orang yang menandatangani surat tersebut. Sekian, terima kasih. | Salinan surat yang ditandatangani oleh seseorang bagi pihak Ketua Pengarah hanya diberikan kepada orang berkenaan sekiranya diminta oleh orang tersebut untuk simpanannya. | Lain-lain | 15.05.2008 |
Bolehkah saya gunakan Majlis "Penandatanganan" MOU sebab staf dan ketua jabatan saya berkeras ingin menggunakan Majlis "Menandatangani" MOU. | Yang betulnya ialah Majlis Penandatangan MOU. Bagaimanapun, yang biasa digunakan oleh masyarakat ialah 'Majlis Menandatangani MOU'. | Tatabahasa | 07.09.2008 |
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani 3. Diguna pakai/ Mengguna pakai. | Ejaan | 17.01.2011 |
Salam di dalam surat rasmi jika orang yang menandatangani surat itu mempunyai nama Raja,perlukah gelaran YM diletakan sebelum nama tersebut? contoh YM Raja Abu Raja Ali atau hanya perlu ditulis nama sahaja Terima kasih | Kata sapaan untuk Raja dan Tengku ialah Yang Mulia, contohnya Yang Mulia Raja Azman atau Yang Mulia Tengku Ahmad. Dalam surat rasmi, kata sapaan tesebut perlu ditulis. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
MINIT MESYUARAT 1) Bagi institusi pendidikan,siapa yang perlu menandatangani ruangan 'Disemak oleh' dan Disahkan oleh" 2) Bagaimana untuk menulis agenda di dalam minit yang tidak berkotak? Kebiasaannya saya akan tulis 'AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT' Adakah betul penggunaan perkataan AGENDA? | Bergantung kepada gaya penulisan jabatan masing-masing, ada minit mesyuarat jabatan menyediakan ruangan Disediakan oleh - Pencatat Minit, Disemak oleh - pegawai kanan dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Ada jabatan yang menyediakan ruang Disediakan oleh - Pencatat Minit dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Berkaitan dengan seterusnya hal tersebut juga bergantung pada gaya penerbitan atau gaya penulisan dalaman sesebuah organisasi. Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
| Lain-lain | 05.01.2012 |
Adakah penggunaan 'dari' dan 'daripada' dalam ayat ini betul: "Kerajaan hendaklah menandatangani dokumen tersebut tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen daripada Syarikat" Terima kasih. | Saudara/Saudari, Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Menerusi ayat contoh yang dikemukakan tersebut, penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada' penggunaannya ialah tepat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.
| Tatabahasa | 20.09.2012 |
Assalamualaikum... Terima kasih atas maklum balas pihak tuan atas pertanyaan saya yang lalu berkaitan Minit Mesyuarat. Soalan saya kali ini ialah berkaitan nama dan tandatangan penyedia dan penyemak minit mesyuarat. Dalam PKPA 2/1991 tidak dinyatakan secara khusus keperluan tersebut. Bagaimanakah amalan DBP, adakah penyedia dan penyemak minit mesyuarat perlu meletakkan nama dan menandatangani minit berkaitan sebelum dibincangkan dalam mesyuarat seterusnya? Terima kasih. | Lazimnya minit mesyuarat ditandatangani setelah dibincang dan disahkan minit berkenaan dalam mesyuarat tersebut. | Lain-lain | 18.03.2012 |
Assalamualaikum tuan.. Saya di sini ingin bertanya mengenai proses penerbitan buku, manuskrip saya berjudul 'Aku Ingin Cemerlang' telah diluluskan JKP pada 24/2/2012 dan dikhabarkan akan melalui proses pra cetak dan cetak pada akhir Jun ini. Masalahnya saya belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan status manuskrip saya walhal kini sudah berada di akhir Jun. Adakah saya tidak perlu menandatangani apa2 surat perjanjian? Atau berlaku kelewatan? Sekian terima kasih saya ucapkan atas maklum balas yang pantas drpd pihak tuan. | Sdr. Irfan. Saya sudah pun menjawab pertanyaan sdr. pada 7/6/2012 . Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.my. Untuk makluman sdr. mss. tersebut masih dalam proses penyuntingan ( setakat 27 Jun 2012). | Lain-lain | 23.06.2012 |