1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut. 2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni. 3. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Tuan, bolehkah ayat-ayat di atas dijadikan ayat tunggal? | Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN) manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan" berfungsi sebagai keterangan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal. | Tatabahasa | 14.05.2020 |
1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma c) Hukuman yang menanti adalah maut d) Hukuman yang menanti ialah maut Yang manakah ayat yang betul. 2. Di sesetengah jalan raya ada dibuat lorong khas untuk motosikal dan basikal. Perkataan yang digunakan ialah "lorong sikal". Adakah betul penggunaannya. 3. Tolong berikan ayat contoh penggunaan 'ia' | 1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma - kedua-dua ungkapan ini betul, perkataan adalah dalam ungkapan pertama menunjukkan unsur penegasan dalam ungkapan tersebut. Hukuman yang menanti ialah maut - ayat ini yang betul. 2. Istilah laluan sikal (bukan lorong sikal) ada digunakan sebagai padanan bikeway dalam bidang Kejuruteraan Automatif. 3. Ia - kata ganti nama diri ketiga; atau dia: contoh ayat, ia bercita-cita hendak menjadi doktor. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. | Sila jelaskan soalan saudara, walau bagaimanapun kedua-dua ayat tersebut betul, iaitu: 1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
1. Istana Seri Menanti ( teguh amat atau amat teguh ) walaupun tidak menggunakan paku. 2. Cikgu Azmi menulis ( mutiara kata atau kata mutiara ) pada dinding kelasnya dengan kemas. Soalan: Yang mana satu betul penggunaan kata dalam kurungan tersebut. | Jawapan yang betul ialah 1. Istana Seri Menanti amat teguh walaupun tidak menggunakan paku. 2. Cikgu Azmi menulis mutiara kata pada dinding kelasnya dengan kemas. | Lain-lain | 28.07.2010 |
Cepatlah adik cepat Mari siapkan diri Usahlah kita (perlahan)/(lambat) Ayah sudah menanti JAWAPAN (perlahan)atau (lambat)betul? TERIMA KASIH | Untuk makluman, jawapan yang tepat bagi merujuk ayat tersebut ialah lambat, iaitu Cepatlah adik cepat. Mari siapkan diri. Usahlah kita lambat. Ayah sudah menanti. | Lain-lain | 23.01.2017 |
Selamat sejahtera..sudah tiga bulan saya menanti jawapan daripada DBP tentang royaliti buku arwah ayah saya iaitu Tn Hj Ibrahim Omar yang bertajuk Desa Pingitan.Jawapannya.. masih menunggu jawapan daripada pihakpencetakan.Persoalannya ialah tidak adakah tindakan susulan daripada pihak tuan?Sampai bilakah harus saya menunggu?maka..lambatlah urusan keluarga saya dapat diselesaikan.. | Berdasarkan rekod kami, royalti buku Desa Pingitan edisi pertama cetakan ketiga yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dibayar penuh 100% pada 19 November 1997. Oleh itu tiada lagi royalti yang perlu dibayar kecuali jika buku ini diulang cetak. | Lain-lain | 22.02.2012 |
Apakah boleh dikirimkan e-book (karyanet) Di Masjid Nabawi Kau Menanti untuk simpanan penulis dan cenderamata sebanyak 20 naskah. Minta dimaklumkan bayaran dan diberitahu no. akuan bank supaya dapat dibuat bayaran melalui on-line banking. Sehingga kini saya masih gagal untuk memperolehi naskah e-book tersebut kerana laman karyanet telah ditutup. Kalau ada buku tersebut dalam bentuk hardcopy, alangkah baiknya. Minta alamatkan kepada: Baharudin bin. A. Manan, MRSM Kota Putra, jalan Bukit Keluang, 22200 BESUT, Terengganu. | Bekalan untuk terbitan bercetak buku tersebut masih ada dalam simpanan kami. Tindakan segera akan dilakukan dan Sdr boleh berhubung dengan Ketua Editor Bahagian Multimedia (Amran@dbp.gov.my, atau telefon 0122440569) | Lain-lain | 23.02.2011 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. D-sementara, 2. D-Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu., 3. C-II Yang berambut panjang itu abang kamu? dan III Di manakah kamu simpan pakaian kamu? | Lain-lain | 12.04.2010 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 4. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Jawapannya ialah 1. sementara. 2. D. 3. II.III, IV. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
1. “Pegawai pendidikan” atau “pegawai pelajaran”. Frasa manakah yang betul? 2. “Ali meneriak meminta tolong kerana terjatuh ke dalam sungai.”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat ini. 3.”Sue dan May begitu keakraban.”Adakah ayat ini gramatis? 4.Sila berikan penjelasan tentang penggunaan “menanti” dan “menantikan”. Terima kasih. | 1. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat. 2. Ali menjerit meminta tolong kerana terjatuh ke dalam sungai. 3. Sue dan May begitu akrab. 4. Menurut Kamus plejar Edisi Kedua, menanti bermaksud duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan menanti di sana. Manakala menantikan pula bermaksud menunggu ketibaan sesuatu; menunggu akan: Dia menantikan ibunya di stesen kereta api. | Tatabahasa | 15.12.2014 |