Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.ti.nan.ti.kan] | مننتي-ننتيکن

Definisi : menunggu-nunggu keti­baan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.ti.nan.ti.kan] | مننتي-ننتيکن

Definisi : menunggu-nunggu ketibaan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menanti-nantikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan serta pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Frasa-frasa ini akan digunakan sebagai teaser bagi fasa seterusnya dalam kempen kami. Justeru, kami amat berharap pihak DBP dapat membantu menyemak kesesuaian frasa tersebut agar selari dengan tatabahasa yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam konteks komunikasi rasmi. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Nantikannya di stesen PETRONAS. Sesuatu yang istimewa akan tiba! Nantikannya, pasti buat anda teruja! Ada kejutan istimewa menanti. Tunggu! Terimak kasih.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

1.  Hadiah menarik menanti anda di stesen PETRONAS!

 

2. Nantikan ... anda pasti teruja!

 

3. Kejutan istimewa menanti anda. Nantikan!

 

Ayat ini betul dan boleh digunakan:

Sesuatu yang istimewa akan tiba!

Tatabahasa04.08.2025

Kembali ke atas