Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nya.i] | مناڽاءي

Definisi : bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nya.i] | مناڽاءي

Definisi : bertanya kpd: Dia ~ kawannya ttg hal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menanyai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud menanyai dan menanyakan? Bolehkah tuan memberikan contoh ayat yang menggunakan perkataan tersebut?Menanyai diikuti dengan orang,cthnya, Ahmad menanyai Ali tentang perkara tersebut. manakala menanyakan diikuti dengan sesuatu , Ahmad menanyakan tentang perkara tersebut kepada Ali.Tatabahasa10.07.2007
"Beliau menanyai / menanya / menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya." Apakah kata kerja yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Beliau menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya."Tatabahasa29.03.2007
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat.

Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh.

Istilah14.07.2009

Kembali ke atas