Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.rah] | مناره

Definisi : meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dll) dgn rimbas dll: dia asyik ~ dan mengukir papan cengal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.rah] | مناره

Definisi : meratakan kayu dsb dgn kapak dll: Mereka sedang ~ kayu merbau utk dibuat lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarah
Kata Terbitan : bertarah, menarah,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila jawab soalan di bawah. Arahan terbaharu itu datang---- Bahagian Kewangan pejabat tersebut. A dari B daripada 2.Pemuda itu---- batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. A menarah B menakik 3. ---- semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. A Tidak B Bukan. Mohon beri penjelasan untuk semua jawapan.1. Arahan terbaharu itu datang___________ Bahagian Kewangan pejabat tersebut. Jawapan A. dari (kata sendi nama yang menerangkan tempat bermulanya sesuatu)

2. Pemuda itu__________ batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. Jawapan A. Menarah (meratakan kayu dan sebagainya dengan  kapak dan lain-lain.

3. 3. __________ semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. Jawapan B. Bukan (Dalam wacana bahasa Melayu, kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Lain-lain29.08.2015
Salam...sy ada sikit kemusykilan...bg soalan 5 jawapan apakah yang paling sesuai sekali? Jawapan C @ D...mohon penjelasan...terima kasih.. Soalan: Pak Jalil........hujung batang kayu supaya tajam yang akan dijadikan kayu pagar kebunnya. c) Menarah d) Meraut.Jawapan yang betul ialah meraut. Meraut ditakrifkan sebagai meratakan (menghaluskan, me­licin­kan, meruncingkan, dll) dengan pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dengan pisau.Tatabahasa30.07.2013

Kembali ke atas