Soalan ini spesifik kepada hukum tatabahasa di dalam kata kerja tak transitif:- Sekiranya pengunaan imbuhan ber- itu adalah untuk perbuatan yang dilakukan sebagai kebiasaan, adakah perkataan "bertari" itu benar, atau adakah "menari" itu satu-satunya perkataan yang sah dalam Bahasa Melayu? Bolehkah kita menggunakan kedua-dua perkataan "bertari" dan "menari" di dalam ayat tak transitif, sepertimana kita menggunakan "bernyanyi" dan "menyanyi"? Terima kasih. | Perkataan bertari merupakan perkataan lama yang sudah tidak lazim digunakan, atau arkaik. Pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan tari disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja me-, iaitu menari. | Tatabahasa | 25.02.2019 |
Adakah ayat di bawah ini betul penggunaan imbuhannya? 1. Ani sedang bernyanyi dan bernari. | Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, manakala bertari juga sama maksudnya dengan menari tetapi kata bertari sudah tidak lazim lagi digunakan. Oleh itu, bagi menghasilkan ayat yang gramatis, ayat tersebut perlu diubah menjadi "Ani sedang bernyanyi/menyanyi dan menari" | Tatabahasa | 10.01.2014 |
Tuan/puan Perkataan "tari" boleh tambah imbuhan "ber" tak ? kenapa ? | Perkataan 'bertari' merupakan perkataan lama yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan 'tari' disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja 'me' iaitu menari. Perkataan menari lebih tepat dan digunakan pada masa kini. | Tatabahasa | 18.04.2018 |