| Assalamualaikum. Berdasarkan pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menghindari&d=175768LIHATSINI , (sila menatal ke bawah) mungkin terdapat kesalahan dalam pangkalan Khidmat Nasihat berkaitan dengan frasa "menghindarkan diri daripada". Berdasarkan soalan Khidmat Nasihat pada hari 07.01.2020, "Ayat yang betul ialah saya menghindari diri daripada perbuatan yang mampu merosakkan masa depan saya" manakala soalan pada hari 14.07.2020 mempertunjukkan "Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif." Yang manakah betul? Terima kasih! | Jawapan yang lebih tepat ialah "kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif" | Lain-lain | 24.01.2022 |
| Salam. Adakah ayat ini betul? " Dia menskrol telefon bimbitnya." dan apakah beza tahyul dan fantasi? terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "menskrol" dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan menatal (bidang Komputer) yang bermaksud menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "tahayul' dan "fantasi" adalah seperti yang berikut: tahayul 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan 2. kepercayaan yang karut-karut (kepada sesuatu yang sebenarnya tiada) fantasi 1. imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan 2. ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan 3. sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya)
| Istilah | 24.12.2015 |