| beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. (bagaimana membezakan menawari dan menawarkan? tq) | 1. Beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. 2. Beliau menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang pintar itu. Untuk keterangan lanjut tentang apitan meN-...-kan dan meN-...-i, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ms. 191-197 dan ms. 202-208. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
| Adakah perkataan "tawari" itu betul? atau kita haya boleh menggunakan menawari? | Istilah tawari tidak wujud dalam sistem kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud menawari ialah memĀberikan sesuatu (pekerjaan dsb) kepada, mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari, atau memujuk, memikat, menambat (hati perempuan). | Istilah | 27.12.2016 |
| Salam sejahtera, saya ada bertanyakan soalan mengenai "tawari" dan jawapan yang saya terima ialah "Istilah tawari tidak wujud dalam sistem kami." dan saya diberi definisi "menawari". Untuk makluman saudara, saya tidak perlukan definisi "menawari" kerana saya sedia maklum akan definisinya berdasarkan Kamus Dewan. Soalan saya adalah khusus mengenai apitan -i dalam perkataan "tawari" Adakah maksudnya "tawari" itu salah penggunaannya? atau hanya "tiada dalam sistem". Apakah yang dimaksudkan dengan tiada dalam sistem? Adakah tiada dalam sistem bermaksud salah/tidak tepat? Mohon penjelasan. | Perkataan "tawari" tiada dalam Kamus Dewan dan belum diterima sebagai perkataan rasmi dalam bahasa Melayu. | Makna | 29.12.2016 |
| Dia ditawari biasiswa untuk melanjutkan pelajara atau ditawarkan biasiswa. tuan..(kerajaan menawari saya biasiswa. kerajaan menawarkan biasiswa kepada saya)..adakah betul pandangan saya ? tq | Ayat yang betul ialah: 1. Dia ditawari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. 2. Kerajaan menawarkan biasiswa kepada saya. | Tatabahasa | 19.09.2011 |