Encik, Dari segi maksud dan logik, penggunaan perkataan 'menawarkan' dalam ayat berikut adakah betul? * Ibu menawarkan kopi yang pahit itu. Persoalannya, jika kopi telah ditawarkan, adakah terdapat rasa kopi lagi dari segi logiknya? Terima kasih. | Ayat tersebut memang logik dan betul. Maksudnya ibu menawarkan kopi yang pahit tersebut supaya tidak pahit rasanya. Mungkin ibu menambahkan air di dalam kopi tersebut. Dari segi logiknya, apabila kopi pahit itu ditawarkan rasanya dengan menambahkan air, rasa pahitnya telah hilang. Ini berbeza dengan maksud seperti, syarikat itu menawarkan kerja baharu kepada Ali. Maksud menawarkan kerja di sini ia;ah "offer" dlam bahasa Inggerisnya. Jadi sdr jangan keliru tentang penggunaan menawarkan dan sesuaikannya dengan ayat yang dibina. Terima kasih. | Lain-lain | 14.10.2008 |
Saya ingin menawarkan khidmat saya sebagai penterjemah dan/atau penyunting manuskrip. Apa yang perlu saya buat dan dengan siapa perlu saya jumpa? | DBP tidak lagi mengusahakan penerbitan buku terjemahan. Sdr dicadangkan berhubung dengan pihak Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bagi penyuntingan manuskrip pula, biasanya manuskrip buku DBP disunting secara dalaman. | Lain-lain | 17.04.2011 |
Adakah DBP menawarkan kursus bahasa melayu atau kelas terjermahan? Saya inging tahu tentang kelas-kelas yang ditawarkan. terima kasih. | Bagi endapatkan maklumat berkenaan kursus bahasa Melayu, sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia DBP. Manakala bagi kursus terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210. | Lain-lain | 01.08.2008 |
adakah DBP menawarkan mana-mana individu untuk melakukan kerja-kerja terjemahan?ada sumber mengatakan masih banyak buku-buku yang belum diterjemah,terutama buku english.kalau kerja2 terjemahan tersebut wujud,bolehkah pihak DBP memberitahu sy cara untuk memulakan kerja2 tersebut?terima kasih... | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat perterjemahan, walau bagaimanapun, saudara boleh menghubung Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 012-2811814. | Lain-lain | 23.07.2008 |
Kilang perabot itu menawarkan kerja (kosong) kepada belia yang berminat | Menawarkan kerja | Tatabahasa | 26.03.2008 |
Adakah DBP menawarkan kursus untuk Sijil / Diploma Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu atau sebaliknya? | Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) menawarkan kursus terjemahan bertaraf sijil atau diploma. Untuk maklumat lanjut, hubungi PPM di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 24.10.2011 |
beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. (bagaimana membezakan menawari dan menawarkan? tq) | 1. Beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. 2. Beliau menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang pintar itu. Untuk keterangan lanjut tentang apitan meN-...-kan dan meN-...-i, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ms. 191-197 dan ms. 202-208. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
Salam sejahtera, Saya ingin mendapat perkhidmatan menyemak bahasa untuk penulisan bab-2 dalam tesis saya. Adakah DBP menawarkan perkhidmatan ini ? Sekiranya ada sila maklumkan pegawai yang harus dihubungi .Terima kasih | Khidmat Nasihat Bahasa hanya menawarkan khidmat menyemak penggunaan bahasa misalnya dalam penulisan iklan, dokumen rasmi seperti surat, memo dan minit mesyuarat. Khidmat menyemak bahasa dalam tesis tidak termasuk dalam perkhidmatan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 10.03.2010 |
Dia ditawari biasiswa untuk melanjutkan pelajara atau ditawarkan biasiswa. tuan..(kerajaan menawari saya biasiswa. kerajaan menawarkan biasiswa kepada saya)..adakah betul pandangan saya ? tq | Ayat yang betul ialah: 1. Dia ditawari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. 2. Kerajaan menawarkan biasiswa kepada saya. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut? | Saudara, 1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya: Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 13.10.2009 |