Ayah menasihatkan abang supaya tidak mencampuradukkan masalah peribadi dengan masalah di tempat kerja. Apakah kesalahan yang ada pada ayat ini? Terima kasih. | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.03.2012 |
Definisi kecelaruan bahasa. | Kecelaruan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang bercampur aduk, iaitu mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Kecelaruan bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. contohnya seperti dalam penggunaan kata "sureheboh". | Makna | 04.07.2006 |
konsep/definisi bahasa rojak | Bahasa rojak ialah satu bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bentuk bahasa ini digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. Contoh bahasa rojak yang digunakan pada satu ketika ialah ungkapan sureheboh.Kata ini diwujudkan dengan menggabungkan kata bahasa Melayu heboh dengan kata bahasa Inggeris sure. Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh diperoleh dalam makalah dan kertas kerja yang boleh didapati di perpustakaan. | Lain-lain | 15.06.2007 |
definisi kecelaruan bahasa | Kecelaruan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang bercampur aduk, iaitu mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Kecelaruan bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. contohnya seperti dalam penggunaan kata "sureheboh". | Makna | 09.02.2010 |
selamat petang.saya ingin tahu tentang isu bahasa melayu kini.pihak dan berita apakah yang selalu membincangkan tentamg isu ini? | Isu bahasa Melayu kini adalah tentang bahasa rojak, iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Sila rujuk makalah dalam majalah dan akhbar tempatan tentang perkara ini. | Lain-lain | 18.03.2008 |
SELAMAT PETANG, TUAN/PUAN. SAYA INGIN TANYA WUJUDKAH PERKATAAN 'KECAMPURADUKAN'. KALAU TIDAK, APA PERKATAAN YANG BOLEH MENGGANTIKANNYA? TERIMA KASIH. | Perkataan "kecampuradukan" tiada dalam data rujukan kami. Perkataan yang paling hampir ialah mencampuradukkan yang bermakna menjadikan bercampur aduk. | Ejaan | 08.05.2013 |
apakah maksud kerancuan bahasa | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Apakah contoh ayat yang sesuai untuk perkataan 'profesion, profesional dan profesionalisme' | Contoh ayat profesion ialah, "Profesion sebagai jurureka dalaman mampu memberikan hasil yang lumayan pada pengamalnya". Manakala profesional pula ialah, "Dia amat profesiona dan tidak pernah mencampuradukkan urusan peribadi dengan urusan kerja". Contoh perkataan profesionalisme pula ialah, "Profesionalisme perkhidmatan guru perlu dipertingkatkan kerana profesion ini melibatkan pembinaan insan". | Lain-lain | 08.09.2022 |
Dzufi Iszura 11.54 PAGI Dzufi Iszura Dzufi Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya hendak bertanya komen DBP mengenai slogan-slogan kerajaan yang mencampur-adukkan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia seperti "Jangan Kawtim, Jangan Settle" atau "YouCanDuit". Ini kerana saya teringat beberapa tahun dahulu stesen tv swasta mendapat kritikan hebat dalam menamakan karnival mereka "Sure Heboh" atas sebab yang sama. Terima kasih. Dzufi Iszura Pensyarah UiTM Sarawak. | Waalaikumussalam. Tuan/Puan, DBP memang tidak bersetuju dengan perbuatan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam slogan dan penamaan program. Saranan agar tidak mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam penamaan program jabatan dan kementerian telah banyak kali disebut, dan baru-baru ini telah dikemukakan lagi oleh YB Menteri Pendidikan selaku Pengerusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dianggotai oleh 18 kementerian. DBP sentiasa berusaha memberikan nasihat dan pandangan terhadap pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul. | Lain-lain | 08.05.2017 |
disalah tafsir atau disalahtafsirkan? boleh berikan penjelasannya juga? terima kasih | Salah tafsir ialah kata majmuk dan perlu ditulis berasingan. Sekiranya ditambah imbuhan "di" hadapan sahaja, kata majmuk ini tetap dieja sebagai dua perkataan, iaitu disalah tafsir. Kata majmuk akan dieja bercantum sekiranya ditambah imbuhan di hadapan dan di belakang. Contohnya: disalahtafsirkan, mencampuradukkan dan diurusniagakan. | Ejaan | 03.05.2013 |