mengindahkan kawasan sekolah atau memperindah kawasan sekolah | mengindahkan bermaksud menjadikan indah, mencantikkan. memperindah bermaksud menambah keindahan(kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah(cantik). Oleh itu kedua-dua kata ini betul bergantung pada konteks dan maksud yang akan disampaikan. | Tatabahasa | 19.03.2008 |
apa perbezaan menghias, menghiaskan, menghiasi? | Menurut data kami, maksud perkataan menghias ialah menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain): Dia ~ biliknya dengan gambar dan kertas yang berwarna-warni, manakala maksud menghiaskan ialah mencantikkan (mengindahkan) dengan sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pada bajunya; dan maksud perkataan menghiasi ialah menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yang berwarna-warni ~ ruangan itu | Makna | 13.02.2017 |
Bagaimanakah hendak memberi kefahaman yang mudah kepada murid tentang perbezaan kata terbitan; a. memagari / memagarkan b. menghiasi / menghiaskan sekian, terima kasih | Memagari bermaksud mengelilingi sesuatu seperti pagar, Pokok puding memagari kawasan rumahnya. Memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sbg pagar; atau memasang sesuatu sebagai pagar, Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. Menghiasi bermaksud menyebabkan kelihatan lebih cantik, Bintang-bintang menghiasi langit. Menghiaskan bermaksud mencantikkan dengan sesuatu, Dia menghiaskan sebutir kerosang pada bajunya. | Tatabahasa | 28.04.2015 |
Salam, frasa yang manakah betul?mendeklamasikan sajak atau mendeklamasi sajak?apakah bezanya?bolehkah tuan terangkan dalam bahasa yang mudah difahami.terima kasih | Frasa yang betul ialah mendeklamasikan sajak. Deklamasi termasuk dalam salah satu kata dasar yang hanya dapat menerima apitan men-....-kan. di-...-kan atau ber-...-kan, dan tidak dapat menerima awal meN, di-. atau ber- sahaja. Contoh kata lain yang termasuk dalam kumpulan ini: mengabaikan bukan mengabai menggelarkan bukan menggelar mencantikkan bukan mencantik menjatuhkan bukan menjatuh dan banyak lagi. Untuk memastikannya saudara boleh lihat dalam Kamus Dewan Edisi 4, hanya ada perkataan mendeklamasikan sahaja, dan bukan mendeklamasi. | Istilah | 19.03.2014 |
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i | MAKNA APITAN meN…kan - Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
- Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
- Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan…
APITAN meN…i - Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
- Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
- Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:
mengakui = mengaku akan/tentang mempercayai = percaya kepada - Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,
* menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…
| Tatabahasa | 13.06.2009 |