Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.can.tum] | منچنتوم

Definisi : 1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum; 2. menye­mat (dgn jarum dll); 3. memindahkan (me­numbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain (utk mendapat pokok yg lebih baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.can.tum] | منچنتوم

Definisi : melekatkan mata tunas dr sesuatu pokok pd pokok lain yg sama jenisnya (utk mendapatkan baka yg lebih baik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencantum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud perkataan berikut beserta dengan contoh ayat a) pasang siap b) pasang besar c) pasang layar d) pasang turun e) pasang iklan f) pasang jagaa. pasang siap = yang dibina atau dibuat dengsn mengena-ngenakan atau mencantum-can­tumkan bahagian-bahagiannya yang telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu.
b. pasang besar = air pasang besar pada masa bulan muda (atau penuh);
c. pasang layar = me­naikkan (mengenakan) layar
d. pasang turun = air laut (sungai) surut atau turun
e. pasang iklan =  memasukkan iklan (dalam akhbar, majalah, dan lain-lain);
f. pasang jaga =  menempatkan (mengadakan) jaga.
Makna13.02.2013
salam...saya ingin bertanya, adakah ayat majmuk sama dengan ayat yang telah mengalami proses peluasan?i Soalan saya yang kedua pula, adakah ayat di bawah ini merupakan ayat majmuk atau ayat tunggal? " Durani menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya."

Sdri Cindy,

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh ayat sdri kemukakan  itu merupakan ayat majmuk gabungan kerana mencantum dua ayat tunggal dan menggunakan kata hubung:

1. Durani menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya.

    (a) Durani menangis di dalam bilik

   (b)  Dimarahi ibunya

Kata setelah yang bergaris ialah kata hubung.

 

 

Tatabahasa26.02.2009

Kembali ke atas