Yang mana yang betul penggunaannya? ...dia mencapai Taraf Cemelang ... dia mencapai taraf cemerlang. ... diak mencapai taraf Cemerlang. | Ayat yang betul ialah "dia mencapai taraf cemerlang". | Tatabahasa | 12.06.2012 |
Karimah pergi ke dapur sambil mencapai tuala di atas lantai. Apakah maksud frasa kerja mencapai tuala dan maksud ayat ini? Terima kasih. | Mencapai bermaksud memegang atau mengambil, mengambil tuala. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx atau Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang cukup dan memenuhi xxx | Ayat yang betul ialah “Calon berikut telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx”. | Tatabahasa | 28.05.2019 |
Yang manakah antara ayat yang berikut betul? 1. Pokok itu boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m. 2. Pokok itu boleh mencapai ketinggian hingga 30 m. | Ayat yang betul ialah nombor 2: Pokok itu boleh mencapai ketinggian hingga 30 m. | Tatabahasa | 10.08.2016 |
"mencapai kejayaan dalam hidup" atau "mencapai kejayaan dalam kehidupan"? Bagaimanakah cara penggunaan perkataan "hidup" dengan "kehidupan”? Apakah perbezaan "hidup" dengan "kehidupan"? | Hidup membawa banyak maksud antaranya terus bernyawa atau bernafas, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hidup untuk maklumat lanjut dan kehidupan ialah perihal hidup. Frasa yang betul ialah "mencapai kejayaan dalam kehidupan". | Tatabahasa | 12.05.2014 |
Apakah kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan? | Sdr. Nieeza, kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan terlalu banyak.Pandanglah sekeliling anda berapa ramai ahli korporat yang telah menempa nama sebagai ahli korporat melalui sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Jadi untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyakkanlah membaca buku sejarah tentang pembangunan negara dan juga kejayaan yang telah dicapai oleh negara semenjak negara mencapai kemerdekaan. Hanya itulah cara yang dapat memberikan maklumat yang banyak tentang kejayaan negara dan kegemilangan bahasa Melayu sepanjang 50 tahun yang lalu .Terima kasih. | Lain-lain | 12.09.2007 |
“Antara langkah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah mempunyai strategi belajar.” Ada kesalahan bahasa atau tatabahasa yg terdapat dalam ayat di atas? | Ayat tersebut kurang tepat, ayat yang betul ialah “Antara langkah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan termasuklah strategi belajar yang terancang”. | Tatabahasa | 27.07.2022 |
setiap murid perlu menggunakan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. mengapakah kesalahan tatabahasa ialah usaha? apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikan usaha? | yang betulnya ialah - Setiap murid perlu berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. | Tatabahasa | 08.07.2008 |
Assalamualaikum, mohon bantuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan ini mengikut istilah psikologi pendidikan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu..towards accomplishment, to experience stimulation, identified regulation, introjected regulation, integrated regulation, amotivation. Sekian, terima kasih. | Terjemahn bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: towards accomplishment - ke arah mencapai/untuk mencapai to experience stimulation - mengalami rangsangan identified regulation - peraturan yang dikenal pasti introjected regulation - peraturan yang diserapkan integrated regulation - peraturan yang disepadukan/peraturan bersepadu amotivation - tidak bermotivasi/kurang motivasi | Penyemakan dan penterjemahan | 12.01.2016 |
'saya akan melipat gandakan usaha saya demi mencapai cita-cita saya menjadi seorang guru'' adakah ayat di atas betul? terima kasih.. | Ayat yang betul ialah "Saya akan melipatgandakan usaha demi mencapai cita-cita menjadi seorang guru''. Perkataan melipatgandakan perlu ditulis sebagai satu perkataan, manakala perkataan saya tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 18.04.2010 |