Adakah kedua-dua jawapan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ini betul. Soalan 1. Saya mengetahui bahawa tuduhan itu tidak benar. Jwpn: a) Bahawa tuduhan itu tidak benar saya ketahui. b) Bahawa tuduhan itu saya ketahui tidak benar. Soalan 2. Mereka mengetahui bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Jwpn: a) Bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh mereka. b) Bahawa Hanis diketahui oleh mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamaka objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Merujuk soalan saudara; 1. (a)Tuduhan itu tidak benar saya ketahui. (b). Tuduhan itu saya ketahui tidak benar. solan 2. (a). Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh meraka. (b). Hanis diketahui oleh meraka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. | Lain-lain | 19.02.2010 |
Assalamualaikum wbt. Encik, saya ingin bertanya adakah ayat seperti di bawah betul atau sebaliknya. Peranan-peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran. Sekian terima kasih | Ayat yang betul - Peranan ibu bapa membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran | Tatabahasa | 09.07.2008 |
1)Hasratnya kami faham 2)Semoga dia mencapai kejayaan yang cemerlang.(ADA SALAH TAK AYAT TERSEBUT?) | Ayat contoh tersebut tidak gramatis, contohnya subjek ayat pertama (hasratnya) tidak lengkap. Ayat gramatis seperti hasratnya hendak bekerja di Kuala Lumpur kami faham. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan 'jaya diri' sebenarnya? bagaiamana frasa ini digunakan dalam ayat? Bolehkah seseorang murid menulis ayat yang berbunyi seperti ini: Kita harus bersemangat jaya diri dengan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak. | Tidak ada contoh penggunaan "jaya diri" dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan ayat ini diubah menjadi "Kita harus bersemangat memajukan diri dan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak". | Tatabahasa | 21.08.2011 |
MOTIVASI | Motivasi ialah keinginan/semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan; atau, sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. | Makna | 18.02.2008 |
maksud pertandingan | Pertandingan membawa maksud; perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Makna | 24.04.2009 |
Tuan, saya ingin bertanya lebih lanjut maksud `Batu Loncatan' dalam situasi kerja. | Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. Contoh: Ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar. | Makna | 04.05.2009 |
saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan... | Assalamualaikum Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah. Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang | Lain-lain | 11.05.2010 |
definisi amanah asas kejayaan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat amanah antaranya bermaksud 1. sesuatu yang dipercayakan kepada sesorang 2. kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Asas antaranya bermaksud alas, dasar, tapak, sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kejayaan antaranya bermaksud perihal berjaya,kemenangan,hasil. Oleh yang demikian ungkapan amanah asas kejayaan bermaksud sesuatu kejayaan dicapai apabila sifat amanah dijdikan asas untuk mencapai kejayaan tersebut. | Makna | 07.03.2008 |
SALAM SEJAHTERA...SAYA INGIN MEMBUAT PERTANYAAN MENGENAI MAKSUD PERKATAAN ' PEMBANGUNAN MODAL INSAN' | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 31.07.2008 |