Muhamad Arif Nov 13th, 1:08pm maafkan saya jika terkasar atau mencarut. saya nak tanya apakah maksud perkataan "inzal" saya dah cuba search pada laman dbpm tapi tidak wujud. sering saya jumpa perkataan ini dalam facebook laman sosial lain, jadi saya nak buat posting mengenai makna sebenar perkataan ini. | Maklumat tentang pertanyaan tuan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila semak carian di internet seperti https://www.google.com/#q=inzal. | Makna | 13.11.2015 |
Adakah terjemahan dibawah boleh diterima? The Subtle Art Of Not Giving A Fuck - Sebuah seni untuk bersikap tidak ambil peduli. Terima kasih. | Dalam konteks dan budaya Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya tidak wujud “satu seni” untuk tidak mempedulikan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut mengandungi unsur tabu seperti mencarut dan hal yang berunsurkan kelucahan, jika wujud pun, hal sedemikian akan wujud secara “berselindung”, disampaikan secara berkias atau dianggap sesuatu yang kasar. Merujuk kepada The Subtle Art Of Not Giving A Fuck frasa ini boleh ditafsirkan “tidak peduli” atau “tidak kisah”. | Lain-lain | 11.04.2022 |