Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.bu.ri] | منچبوري

Definisi : memasuki serta giat dlm (sesuatu bidang kegiatan), melibatkan diri dlm, meli­bati: sebahagian besar ahli mahukan koperasi ~ bidang perniagaan yg lebih menguntungkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceburi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya berminat menceburi bidang penterjemahan, tetapi tidak mempunyai kelulusan akademik dalam bidang tersebut. Bagaimanakah caranya untuk saya menceburkan diri dalam bidang ini?Jika saudara berminat untuk mengikuti kursus terjemahan, saudara boleh menghubungi pihak-pihak yang berkenaan seperti Institut Terjemahan Negara dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia). Harap maklum.Lain-lain30.03.2009
macam mana saya nak menceburi bidang penulisanJalan mudah untuk sdr. menceburi bidang penulisan ialah dengan menyertai mana-mana persatuan penulis berdaftar di kawasan/daerah tempat tinggal sdr. Pada kebiasaannya, persatuan-persatuan ini ada menganjurkan kursus-kursus penulisan (mengikut genre) secara berkala. Juga sdr. boleh melayari laman web DBP: http://www.dbp.gov.my dan laman web Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk mengikuti kursus-kursus penulisan yang akan dianjurkan oleh organisasi tersebut. Sekian. Lain-lain13.06.2008
Apa maksud menceburi, ceburi? Kenapa perkataan itu tiada dalam kamus dewan?

Kata dasar untuk menceburi dan ceburi ialah “cebur” semua perkataan ini ada dalam Kamus Dewan. Sila rujuk perkataan “cebur”.

Lain-lain06.04.2022
assalamualaikum. bagaimana hendak menceburi sesuatu persatuan penulis? saya tidak mempunyai maklumatSalam. Pada umumnya, persatuan penulis memang telah ditubuhkan di setiap negeri, dan kebanyakan persatuan penulis negeri ini merupakan ahli Gabunngan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh menghubungi GAPENA di talian telefoN: 03-21442412.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.     

Lain-lain26.05.2011
adakah dbp mempunyai jawatan kosong?saya sangat berminat untuk menceburi bidang ini.

Terima kasih di atas minat yang sdr. tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan bahasa Melayu.

Untuk menjadi salah seorang daripada warga kerja DBP, sdr. disarankan mengemukakan permohonan untuk mengisi mana-mana jawatan yang sesuai dengan kelayakan sdr. yang kami iklankan. Kekosongan jawatan di DBP akan diiklan dalam akhbar harian nasional. Sdr. juga digalakkan untuk melayari laman sesawang DBP dari semasa ke semasa untuk melihat iklan jawatan kosong kami.

 

 

Lain-lain07.02.2011
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin bertanya, Bagaimana caranya untuk saya menceburi bidang penulisan? Saya ingin berjinak-jinak dengan bidang ini. Sekian.Mohon menghubungi Siti Irni Yuslinda binti Mosman melalui talian 03-2147 9217 untuk maklumat lanjut.Lain-lain06.08.2017
Salam sejahtera, Tuan/Puan, Soalan saya berkenaan dengan maksud dan penggunaan kata "cebur" dan "kecimpung", dan kenapa terdapat 2 perkataan berlainan tapi dengan maksud sama (jika maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama)? Contoh konteks penggunaan dua perkataan ini bagi persoalan saya ialah berikut; dan saya mengambil contoh dari artikel (https://www.ukm.my/news/arkib-berita/year-2014/april-2014/graduan-harus-menceburi-perniagaan-bukan-makan-gaji/) Perenggan 4: "Bagaimana pun Shamsuddin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada." Dalam perenggan ini, perkataan "menceburi" seolah-olah bermaksud bahawa baru mahu bermula untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Perkataan "berkecimpung" pula seakan-akan sudah lama bergiat dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, pemahaman saya ialah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan untuk menggantikan sesama perkataan, bergantung kepada penyusunan semula ayat, tetapi perbezaan antara dua ini ialah dari segi penggunaan: "cebur" bagi sesuatu yang baru hendak melibatkan diri, manakala "kecimpung" adalah bagi yang telah lama melibatkan diri. Soalan saya, adakah pemahaman saya ini betul atau salah? Sekian, terima kasih.

Berdasarkan petikan “Bagaimanapun Shamsudin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada”  Pemahaman tuan dalam konteks petikan tersebut betul kerana “ingin menceburi” bermaksud baru/berhasrat untuk berniaga. Manakala “berkecimpung” dalam petikan tersebut merujuk kepada perniagaan yang sedia ada. Kata “cebur” dan “kecimpung” ialah kata nama yang bemaksud “bunyi seperti benda yang besar jatuh ke dalam air”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” pula menbawa makna kiasan iaitu “melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu pergerakan, kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” boleh bertukar ganti penggunaannya berdasarkan konteks ayat. Perkataan yang berbeza, namun mempunyai maksud yang sama membuktikan kekayaan kosa kata bahasa Melayu.


Tatabahasa03.12.2021
Bolehkah pihak DBP menerbitkan ejaan dan istilah B.Melayu yang telah disempurnakan, bagi mengelakkan kekeliruan mesyarakat pengguna B.Melayu? Saya yakin sekiranya ini dapat dilaksanakan,ianya dapat mengatasi dan membantu pihak yang menceburi bidang penulisan dan guru-guru B.Melayu khususnya!Kamus Dewan Edisi Keempat, Buku Daftar Kata Bahasa Melayu ( Rumi-Sebutan-Jawi), Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu merupakan buku yang boleh dirujuk tentang ejaan dan hukum tatabahasa bahasa Melayu.   Lain-lain16.01.2008
Mohd Azwan Zulkefli 8:24AM Mohd Azwan Zulkefli Mohd Assalammualaikum,selamat pagi & salam sejahtera. Nak buat permohonan kerja kepada pihak tuan/puan kalau ada jawatan kosong yang diperlukan di Dewan Bahasa & Pustaka, seperti menjaga pameran buku-buku, serta novel ataupun kemas buku. Saya berminat ingin bekerja di syarikat tuan/puan jika ada kekosongan. Saya ada sikit pengalaman bekerja dalam bidang ni, dan ingin menceburi lagi bidang ini. Saya harap pihak tuan/puan dapat memberi saya peluang ini kalau ada kekosongan di Dewan Bahasa & Pustaka. Tuan/puan boleh emel saya: obey_city@yahoo.com. Tuan/puan juga hubungi saya ataupun whatsapp di nombor 0146532962 jika tuan/puan ingin memberikan respon atas permohonan saya. Sekian, Terima Kasih.Pemakluman pengambilan pekerja DBP akan diiklankan dalam akhbar utama berbahasa Melayu dan laman web DBP. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa.Lain-lain27.07.2016

Kembali ke atas