Saya ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan dan DBP adalah gedung sastera yang terbaik bagi saya. Sekiranya saya mempunyai manuskrip puisi dan novel untuk diterbitkan oleh DBP, bagaimanakah caranya untuk saya laksanakan? Siapakah personel yang mungkin boleh saya berhubung terus dengan beliau tentang perkara ini? Jutaan terima kasih. | Bagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my. | Lain-lain | 26.05.2015 |
Saya berminat menceburi bidang penterjemahan, tetapi tidak mempunyai kelulusan akademik dalam bidang tersebut. Bagaimanakah caranya untuk saya menceburkan diri dalam bidang ini? | Jika saudara berminat untuk mengikuti kursus terjemahan, saudara boleh menghubungi pihak-pihak yang berkenaan seperti Institut Terjemahan Negara dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia). Harap maklum. | Lain-lain | 30.03.2009 |
apakah maksud kecimpung dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat | Perkataan kecimpung mempunyai dua makna iaitu 1. bunyi air ditepuk-tepuk (contoh ayat: Ali bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya hingga berbunyi kecimpung.); 2. menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dalam sesuatu lapangan (usaha dll) (contoh ayat: Sudah lama beliau berkecimpung dlm lapangan drama dan persuratan.) | Makna | 10.01.2013 |