Apakah maksud fazihat, saya menjumpai perkataan ini dalam Syair Definisi Orang Berakal dalam Antologi Harga Remaja? | Perkataan fazihat (Fadhihat) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud mengaibkan, mencela, atau menista. | Makna | 06.01.2011 |
Assalamualaikum. Apakah perbezaan antara "sindir" dan "perli"? Boleh tolong berikan contoh perbuatan yang menggambarkan setiap istilah? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Sindir dan peril membawa maksud yang sama. Sila lihat dalam Kamud Dewan Edisi Keempat atau Kamus Pelajar. Perli : Ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang. Perli: Sindiran perkataan yg diucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya. | Makna | 20.03.2014 |
salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. | Tatabahasa | 16.08.2011 |