Ayat yang manakah tepat dan betul? (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerah kehidupannya. (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerahi kehidupannya. (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerahkan kehidupannya | Ayat yang lebih baik ialah "Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara dapat mencerahkan kehidupannya". | Tatabahasa | 12.12.2015 |
Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan. | Lain-lain | 27.10.2014 |
mohon penjelasan 1. takrif perkataan :" pencerahan" 2. Perbezaan di antara perkataan : dipilih dan dilantik | 1. Pencerahan membawa maksud perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu. 2. Dalam konteks politik Malaysia, ahli Dewan Rakyat dipilih oleh orang ramai melalui pilihan raya, manakala, ahli Dewan Negara dilantik oleh Kerajaan.
| Lain-lain | 08.01.2015 |
Kebelakangan ini ramai yang menggunakan perkataan 'mohon pencerahan' untuk mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara. Adakah penggunaan perkataan 'pencerahan' ini betul? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. | Lain-lain | 23.09.2014 |
Kebanyakan orang pada masa kini menggunakan kata 'pencerahan' bagi menggantikan kata 'penjelasan'. Adakah kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan, "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. | Lain-lain | 14.09.2015 |