Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ria.kan] | منچرياکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, meng­gembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ria.kan] | منچرياکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu ruang atau kawasan ceria, membersihkan dan mengindahkan: Pelajar diarahkan ~ bilik darjah sempena kunjungan para pelawat. 2 menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: Kelahir­an anak sulung ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu. 3 menjadikan sesuatu (majlis, perayaan dsb) meriah dan menarik: Pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceriakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. Yang mana betul. terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi.1. Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan.

Amirah cuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan.

2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan.

Menggariskan perkataan...

3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. 
mengajarkan bahasa Melayu.

Tatabahasa18.03.2013
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi".

2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat.  b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul.  c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat)  d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi.  e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan.  f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul  g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.  - betul.

3.  Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya.

Tatabahasa23.07.2009

Kembali ke atas