Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cé.ta/] | منچيتق

Definisi : 1. mengecapkan tulisan (gambar) pd kertas dll (utk membuat buku, surat khabar, dll): mengikut kebiasaan, penerbit ~ sesebuah buku itu sebanyak 5000 naskhah; 2. mengecapkan lukisan pd kain: ~ batik; 3. menuang sesuatu (logam dll) dlm acuan, mem­buat sesuatu dgn acuan: timah dr lombong dicetak sebelum dijual; ~ kuih; 4. membuat (menjaringkan) gol (dlm permainan bola sepak), memperoleh kemenangan (dlm per­lawanan, perang, dll), memperoleh keun­tungan: sebelum rehat kelab kami telah ~ dua gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cé.ta/] | منچيتق

Definisi : 1 menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2 menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencetak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memohon garis panduan untuk mencetak halaman maklumat pengesahan bahasa. Saya hendak mencetak halaman tersebut tetapi tiada icon mencetak disediakan dan 'right click' di halaman tidak dibenarkan. Harap maklum.Kami tidak dapat mengesan makumat tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sehubungan dengan itu, sila hubungi pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/21479373 untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan.Lain-lain06.06.2016
tidak dapat mencetak sjili kelulusan iklan. no. Permohonan : 29870/2015 No. lulus : DBP/KPB/201508/04702Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain03.08.2015
Dimanakah lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol? Contoh ayat : Indera Putra Mahayuddin menjadi pemain tempatan pertama mencetak/mencatat 100 gol dalam saingan Liga MalaysiaAyat yang tepat ialah: Indera Putra Mahayuddin menjadi pemain tempatan pertama menjaringkan 100 gol dalam saingan Liga Malaysia.Tatabahasa28.04.2019
Yang mana lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol Contoh ayat, " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat/mencetak 14 golAyat yang lebih tepat ialah " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat 14 gol.Istilah26.07.2018
Pejabat ini membuat permohonan mencetak buku panduan pengurusan peperiksaan sebanyak 20 unit. Bersama ini dilampirkan buku panduan pengurusan peperiksaan. Betul ayat di atas?Ayat yang betul ialah "Kami memohon mencetak Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan sebanyak 20 unit. Bersama-sama ini dilampirkan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan untuk tindakan selanjutnya."

Tatabahasa17.11.2023
selamat petang,saya nak tanya tentang sijil pengesahan bahasa dewan bahasa dan pustaka,saya tidak jumpa no.pengesahan untuk mencetak sijil tersebut,sila mengajar saya apa yang perlu saya buat untuk mencetak sijil tersebut?terima kasih.
Tuan boleh melihat permohonan iklan yang telah diluluskan pada senarai permohonan. Sila klik simbol cetak di bahagian kanan yang berwarna merah pada senarai permohonan tuan.
Lain-lain07.05.2018
Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan mengenai penggunaan perkataan percetakan dan pencetakan. Syarikat Percetakan ABC atau Syarikat Pencetakan ABC?Percetakan ialah tempat atau syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah proses mencetak. Frasa yang betul ialah Syarikat Percetakan ABC.Tatabahasa29.04.2013
2. Dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan kuota warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji Film. Bolehkah saya menggunakan perkataan Dimaklumkan bahawa atau adalah dimaklumkan bahawa di hadapan ayat? dan sekiranya tidak boleh apakah ayat yang baik untuk digunakan bagi ayat diatas?

Frasa yang betul:

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
  2. Untuk makluman tuan/puan, unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.

Tatabahasa17.10.2022
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan).
Tatabahasa20.11.2013
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pencetakan " dan "percetakan" dalam bentuk ayat ? 2. Bolehkan perkataan jemputan digunakan bagi menggantikan undangan ? Sekian, terima kasih.Percetakan ialah tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Jemputan sama maksudnya dengan ajakan dan undangan.Tatabahasa18.01.2012
12345678

Kembali ke atas