Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.tus] | منچتوس

Definisi : 1. meletus (melompat) ke luar (bkn bunga api), mengeluarkan bunga api; 2. = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (gores api dll); 3. Mn (bkn kuda dll) menggigit orang dgn diam-diam; 4. Mn ki mencari-cari kesalahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.tus] | منچتوس

Definisi : 1 meletus keluar (ttg bunga api). 2 = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (menggeselkan besi pd batu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencetus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Diperlukan khidmat nasihat DBP dan ayat terbaik untuk susunan ayat di bawah. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA!

Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA!
Makna10.03.2017
Diminta khidmat nasihat DBP untuk memeriksa susunan ayat dan ayat terbaik untuk pernyataan ini. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA!

Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA!
Makna10.03.2017
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas?Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'.Tatabahasa25.11.2008

Kembali ke atas