Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ci.cip] | منچيچيڤ

Definisi : berbunyi spt bunyi burung dll, mencicit, menciap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencicip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah perkataan yang betul penggunaannya. Menyisip minuman atau mencicip minuman?Perkataan yang betul ialah cecap yang  bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278.Makna10.02.2017
Hai PRPM. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "crickets chirping"? Adakah "cengkerik mengilai/mencicit/mencicip" terjemahan terbaik atau ada perkataan yang lebih sesuai?Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.Penyemakan dan penterjemahan10.12.2025
MAKSUD CICIPAN

Cicipan ialah padanan kata chirrup dalam bahasa Melayu. Satu lagi perkataan cicip atau lazimnya disebut mencicip, iaitu berbunyi seperti bunyi burung. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan cicipan bagi maksud yang tersebut.

Makna20.06.2011
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan: 1. merarau 2. cicipan 3. kudapan 4. gabi Asal kesemua perkataan itu dari negara mana? Terima kasih.Kamus Dewan memberikan makna  "merarau" sebagai "makan tengah hari" daripada bahasa sukuan di Sarawak; "mencicip" ialah merasa (mencuba) masakan, contoh ayat men­cicip gulai untuk mengetahui sedap tidaknya; manakala "gabi" ialah "makan malam" juga asalnya daripada bahasa di negara Malaysia.Makna03.02.2014
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Encik Nik,

Perkataan yang betul ialah cecap yang  bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung.    

Makna05.07.2010

Kembali ke atas