Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.con.téng] | منچونتيڠ

Definisi : mencoreng (dgn cat, arang, kapur, dll), mencalit, memalit: adik saya suka sangat ~ buku saya; ~ arang di muka prb memberi malu (aib); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.con.téng] | منچونتيڠ

Definisi : menggaris tidak keruan (dgn arang dll): Dia mengambil pensel lalu ~ buku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menconteng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, 1.Saya akan segera melarang tiga orang murid itu daripada menconteng dinding kelas.(Perlukan kata sendi nama "daripada " digunakan?) Terima kasih

Kata sendi nama “daripada” tidak perlu digunakan pada binaan ayat tersebut. Kata sendi nama “daripada” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 268 hingga 272.

Tatabahasa02.10.2025
Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu.soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. e) yang manakah betul selain daripada pemimpin negara atau selain pemimpin Negara. f) Perbezaan pada dan terhadap terima kasih kerana menjawab soalan saya.

      a) Kawasan padang itu ditumbuhi lalang.

b) Empangan itu mampu menyalirkan kawasan pertanian yang lebih luas.

c) Syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalus sebelum diterima oleh semua pihak. (Kata kerja dieja rapat)
 
d) Pengetua akan menyiasat kejadian menconteng tandas di sekolah itu.

e) Frasa yang betul ialah "Selain pemimpin negara..."

f) Perbezaan pada dan terhadap 
Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh ; Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Contoh : Pada minggu depan...

Tatabahasa24.03.2013

Kembali ke atas