Saya keliru antara perkataan "mencontohkan" dan "mencontohi". Bagaimana kita hendak menggunakan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat? | "Mencontohkan" bermaksud memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu. "Mencontohi" pula bermaksud membuat sesuatu dgn mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula menunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus mencontohi keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW. | Tatabahasa | 21.06.2007 |
1. kamu perlu contohi .... 2. perlu kamu contohi .... 3. kamu perlu mencontohi usaha pelajar cemerlang itu. adakah ketiga-tiga ayat jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang betul ialah "kamu perlu mencontohi..." kerana menggunakan imbuhan yang betul dan "perlu kamu contohi..." ialah bentuk pasif.
| Tatabahasa | 15.07.2013 |
IMBUHAN 'MENCONTOH' ATAU 'MENCONTOHI' YANG LEBIH TEPAT. KERAP JUMPA DALAM BUKU RUJUKAN SEJAK AKHIR-AKHIR INI TETAPI BELUM PERNAH JUMPA SEJAK BILA DIUBAH ATAU DIKEMAS KINI. TERIMA KASIH. | kedua-dua perkataan tersebut betul dan boleh digunakan mengikut situasi mencontoh bermaksud mengambil jadi contoh, meneladan, meniru, mencontohi pula bermaksud membuat sesuatu dgn mengikut contoh, meneladani. Untuk keterangan lanjut sila lihat Kamus Dewan Edisi 4 | Makna | 24.07.2007 |
1.Anak-anak akan perbuatan baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. A meneladani B mengikuti C. mencontohi D. Menghargai munsyi, apa jawaban yang sesuai digunakan? adakah A dan C sama sahaja? TK | Jawapan A, B, dan C sama dan boleh diterima. | Tatabahasa | 16.03.2013 |
Salam sejahtera, Encik, adakah ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. 1) Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu para pelajar sertai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2) Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan diadakan oleh kami pada minggu hadapan. 4) Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi akan kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5) Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak dari tadi. 6) i) Kerja-kerja memperlebar lebuh raya itu sedang dijalankan dengan giat. ii) Saya yakin akan keikhlasannya dalam menjalin persahabatan dengan saya. iii) Kereta perkarangan rumah banglo itu mewah-mewah belaka. 7) Sejak daripada tadi pemuda itu termenung di situ. 8) Ali terpinga-pinga bila ditegur oleh lelaki yang bukan dikenalinya. 9) Beberapa orang kanak-kanak merupakan penduduk yang tertinggi sekali di kampung kami. | Ayat yang betul :1. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu disertai oleh para pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2. Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan kami adakan pada minggu hadapan. 4. Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5. Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak tadi. 6. Ayat ini betul. 7. Sejak tadi pemuda itu termenung di situ. 8. Ali terpinga-pinga apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya. 9. Beberapa orang kanak-kanak merupakan jumlah penduduk yang tertinggi di kampung kami. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat). | Tatabahasa | 12.04.2010 |
tolong jelaskan sedikit tentang penggunaan imbuhan MeN...Kan dan MeN....i. setahu saya MeN...Kan untuk objek yang tidak bernyawa dan MeN...i untuk objek yang bernyawa. namun dalam kes seperti berikut: Ahmad menaiki bendera. ( betul) Ahmad menaikkan bendera. ( salah).. padahal bengera objek yang bernyawa. harap akan dijelaskan..terima kasih. | Puan Kumari, Huraian puan mengenai penggunaan imbuhan meN... i dan meN ...an di atas betul. Namun puan perlu melihat buku Tatabahasa Dewan yang memberikan huraian yang lebih jelas. Apitan meN ...i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. Kata kerja dengan meN...i, seperti juga halnya dengan kata kerja yang menerima apitan meN...kan, hadir dalam ayat aktif transitif yang bterdiri daripada dua jenis, iaitu: i) Ayat aktif transitif yang menerima satu objek ii) Ayat aktif transitif yang menerima dua objek Dalam soalan yang dikemukakan ia berkaitan dengan kata kerja meN ...i dengan satu objek. Contohnya, Hujan membasahi jemurannya dan pemuda-pemuda suka mencontohi gaya pakaian bintang filem | Tatabahasa | 23.05.2010 |