Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Wit cuba mengagak peristiwa itu. 2. Wit mencuba mengagak peristiwa itu. Saya merasakan bahawa "mencuba" lebih sesuai, kerana "mencuba" bermaksud berusaha untuk mencapai maksud. Jadi, "mencuba mengagak peristiwa itu" bermaksud "berusaha untuk meneka peristiwa itu". Adakah pendirian saya betul? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 19, terbitan Syarikat Pelangi) | Kata mencuba lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
Tuan, apakah perbezaan makna antara kata "cuba" dengan kata "mencuba" dalam ayat-ayat sebelah ini? Kata "cuba" atau "mencuba" yang harus digunakan? Ayat: 1. Adila ingin cuba memulihkan jiwa Bujei. 2. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei. 3. Saya akan cuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. 4. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. | Ayat yang betul ialah: 1. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei. 2. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. Sila rujuk kamus untuk melihat perbezaan makna antara kata cuba dan mencuba.
| Tatabahasa | 16.01.2015 |
mencuba mendapatkan? cuba mendapatkan? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah cuba mendapatkan. | Lain-lain | 10.08.2010 |
Merujuk soalan 32 iaitu `Mereka mencuba melupakan masalah itu`telah dipasifkan menjadi` Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka`. Mengapakah `mencuba` dalam ayat aktif telah hilang imbuhan `meN-`apabila dalam ayat pasif? | Imbuhan "meN" hanya digunakan dalam ayat aktif. Oleh itu, "mencuba" dalam ayat aktif menjadi "cuba" dalam ayat pasif. | Tatabahasa | 18.04.2009 |
Yang manakah betul? (a) Mereka mencuba melupakan masalah itu. (b) Mereka cuba melupakan masalah itu. | Puan Wong Shiaho, Frasa yang tepat ialah: (a) Mereka mencuba melupakan masalah itu. (Nota: kata cuba membawa maksud mengajak, mengarah atau menyuruh. Contoh ayat: Cuba kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu. Manakala mencuba membawa maksud berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan mencuba mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu.) Dalam konteks ayat puan, tidak ada unsur suruhan atau mengajak tetapi lebih menyatakan usaha mereka untuk mencuba melupakan masalah mereka (dengan rela hati/proses). | Tatabahasa | 12.04.2009 |
kami sudah mencuba berulangkali untuk membuat pengesahan iklan...tetapi ditolak dengan berbagai kaedah...dan sangat rumit...apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak tuan....kami hanya hanya ingin membuat pengesahan iklan untuk memulakan perniagaan sahaja...kenapa begitu rumit dan berbeli belit... | Untuk makluman, kami menyemak penggunaan bahasa dalam iklan. Penggunaan bahasa hendaklah betul dan sesuai dengan konteks penggunaannya. Penggunaan bahasa yang kurang tepat akan dicadangkan pembetulan bagi menghasilkan bahasa yang baik dan betul. | Lain-lain | 19.12.2016 |
Bagaimana utk saya mencuba bakat dalam penghasilan puisi atau artikel? | Untuk mencuba bakat dalam penghasilan puisi atau makalah, sdr teruskanlah menghasilkannya dan menghantarkannya kepada editor majalah terbitan DBP. Majalah DBP yang menyiarkan puisi ialah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Pelita Bahasa. Alamat e-mel bagi masing-masing majalah ialah rozninah@dbp.gov.my mohidin@dbp.gov.my yusaida@dbp.gov.my zaidi_i@dbp.gov.my arruslan@dbp.gov.my armin@dbp.gov.my . Makalah yang disiarkan juga mengikut tema majalah masing-masing. Sekian, dan selamat berkarya. | Lain-lain | 27.02.2010 |
salam, adakah ayat "saya mahu mencuba bermain alat muzik." betul? | Ayat yang betul, saya mahu mencuba untuk bermain alat muzik. | Tatabahasa | 26.08.2016 |
1.Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. Yang mana betul. terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi. | 1. Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. Amirah cuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. Menggariskan perkataan... 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. mengajarkan bahasa Melayu.
| Tatabahasa | 18.03.2013 |
Merujuk soalan 33 yang telah saya tanya sebelum ini iaitu ' mereka mencuba melupakan masalah itu'. Akhirnya, tuan menjelaskan bahawa ayat aktif di atas perlu dipasifkan menjadi ' Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka'. kata ' mencuba ' (dalam ayat aktif )pula ' menjadi ' cuba' ( dalam ayat pasif). Penjelasan tuan telah saya fahami. Cuma saya ingin tahu sebab 'meN- ' itu boleh digugurkan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya'meN-' akan menjadi 'di' (jika pelaku KGND ketiga ) atau tanpa imbuhan 'di" (jika pelaku KGND 1 @2). untuk makluman tuan, saya sedang berusaha menjadi Munsyi Dewan yang lebih baik. Oleh itu saya perlu rajin bertanya. Tuanlah menjadi tempat rujukan saya . Tuan juga yang menjadikan saya lebih yakin berhadapan dengan khalayak. Terima kasih. | Imbuhan meN- tidak digunakan dalam ayat pasif. Bagi ayat tersebut "cuba" ialah kata bantu, manakala "dilakukan" ialah kata kerja, maka tidak perlu kata bantu diberi imbuhan. Selain itu, ada sesetengah kata kerja tidak memerlukan imbuhan seperti "makan" dan "minum". | Tatabahasa | 30.04.2009 |