Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencucikan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, mencucikan = mencuci sesuatu untuk orang lain. 1. Saya mencucikan sehelai baju datuk. 2. Saya mencucikan datuk sehelai baju. Ayat yang mana betul ? Terima kasihDalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak. Apitan me-...-kan ini memerlukan objek bernyawa. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Saya mencucikan datuk sehelai baju."

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 197 untuk memahami fungsi apitan me-...-kan.
Tatabahasa15.05.2013
"Saya pergi ke kedai dobi untuk _______ baju tadi," kata Mia kepada Rina. A cucian B pencuci C mencuci D mencucikan. Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di atas - C atau D? Jawapan yang diberi adalah C mencuci. Boleh tolong jelaskan mengapa jawapannya bukan D mencucikan. Apakah perbezaan dan bolehkah diberikan satu contoh ayat seperti di atas yang boleh menggunakan istilah mencucikan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewab Edisi Keempat maksud mencucikan:

mencucikan 1 mencuci utk orang lain.
manakala maksud mencuci:
mencuci 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian.

Contoh ayat untuk perkataan mencucikan:

Amin mencucikan baju abangnya yang sudah seminggu tidak dibasuh.
Lain-lain11.07.2014

Kembali ke atas