Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.kup.kan] | منچوکوڤکن

Definisi : menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menam­bah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.kup.kan] | منچوکوڤکن

Definisi : menjadikan cukup; memadakan; menggenapkan: Dia berusaha ~ wang biasiswa yg diterima­nya setiap bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencukupkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila nyatakan perbezaan makna dan penggunaannya serta contoh ayat bagi perkataan menyediakan dan mempersiapkan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyediakan bermaksud 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada; 3. mencukupkan (wang dll): menyediakan wang untuk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu untuk), mengatur menyusun: wakil itu menyediakan kenderaan untuk membawa mereka ke asrama yang dikhaskan;

menyiapkan, mempersiapkan bermaksud 1. menyediakan, mengadakan:isterinya mempersiapkan makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yang cukup untuk mempersiapkan pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu untuk: mempersiapkan sebuah perahu untuk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yang akan mencegah perbuatan rasuah

Makna29.01.2011

Kembali ke atas