Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.daf.tar] | مندفتر

Definisi : , mendaftarkan memasukkan (men­catatkan) dlm daftar, mengurus supaya ter­catat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendaftar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semua saksi dalam perbicaraan itu berdaftar sebelum dibenarkan menjadi saksi perbicaraan tersebut tuan, apakah kesalahan dalam ayat itu? TQKata kerja yang tepat ialah mendaftar (bukan mendaftar). Sila semak fakta yang digunakan dan semak penggunaan kata yang hendak digunakan di www.prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa07.02.2012
penumpang yang tidak dipilih disebabkan tidak dapat mendaftar... tidak dapat mendaftarTatabahasa16.09.2008
Adakah penggunaan ayat "mendaftar awal" betul? contoh ayat, penyertaan ke program tersebut adalah terhad kepada 30 orang yang mendaftar awal? adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?

Frasa “mendaftar awal” tepat dari sudut tatabahasa dalam ayat yang diberikan.

Tatabahasa25.10.2023
bagaimana mahu mendaftar pengesahan papan tanda permis perniagaan

Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan boleh dibuat melalui:

1. Dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my
2. Kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan.

 

Lain-lain26.01.2020
SAYA SUDAH MENDAFTAR TETAPI BILA NAK AKTIFKAN AKAUN TIDAK BOLEH PROSES MAKLUMAT SAYA

KNBDBP tidak mengesahkan visual iklan. Untuk  pengesahan iklan dalam talian tuan/puan perlu membuat permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Sila rujuk panduan  dan  proses pengesahan  dalam  talian, tempoh masa ialah  3 hari bekerja).

Lain-lain13.01.2020
Saya telah mendaftar untuk mengikuti kursus surat dan memo pada 25hb Mac ini secara online. Sistem memaklumkan bahawa saya akan menerima emel mengenai permohonan tersebut. Walaubagaimana sehingga sekarang saya masih belum menerima sebagarang maklumat. Kursus yang dipohon adalah pada 17-18 April iniAssalammualaikum WBT. Sukacita pihak Saudara menghubungi Akademi DBP melalui talian telefon 02-2147 0202/0205/0203/0213. Terima kasih.Lain-lain26.03.2019
Saya ingin mendaftar perniagaan menjual makanan sunnah menggunakan nama HABIB ULUNG. Nama ini dipilih kerana perkataan HABIB sering dirujuk kepada keturunan Rasulullah dan ULUNG pula merujuk kepada Rasulullah nabi yang unggul. Mohon pandangan dari pihak DBP.

DBP hanya terlibat dalam pengesahan bahasa dalam  visual iklan. Untuk pengesahan papan tanda perniagaan, maklumat asas yang diperlukan ialah: 
1. Keterangan aktiviti perniagaan  contohnya KEDAI PRODUK MAKANAN KESIHATAN (di bahagian paling atas sebelah kiri iklan.
2. Nama kedai HABIB ULUNG
3. Dimiliki oleh: HABIB ULUNG ENTERPRISE (XXX-A)
Kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

Lain-lain29.10.2018
Kami perlu mendaftar iklan untuk pejabat baru di Shah alam. Kami pernah memohon dan telah permohonan telah diluluskan pada tahun 2015. Pada DPB halaman permohonan , kami tidak boleh memohon aplikasi baru. Kami berharap pegawai penugurusan berhubung kami untuk memberi panduan untuk memohon kali kedua. Kami boleh berhubungi melalui email suzan@icelexpress.com.my atau 012 -357 8302.Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan dan klik "Daftar Iklan".Lain-lain23.11.2017
Saya ingin mendaftar nama syarikat pada papan iklan di kedai saya. Bagaimana saya boleh melakukannya. Terima kasihSila layari http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan.Lain-lain15.05.2017
Saya telah mendaftar untuk penggesahan bahasa dalam iklan tetapi masih belum dapat jawapan dan keputusan. Mohon pihak DBP segerakan keputusan dan email saya semula. Tajuk Permohonan : Rotiboy Syarikat : Vertex Pearl Excella Sdn Bhd No Pendaftaran : 1241/2017 Sekian Terima Kasih email : shasyaz77@gmail.comPermohonan puan telah diluluskan pada 11/1/2017Lain-lain09.01.2017
12345678910...

Kembali ke atas