salam, 1. bagaimanakah penggunaan imbuhan bagi perkataan pemerdagangan manusia . 2.adakah perkataan ini betul dari segi penggunaan imbuhan dan maknanya. 3. kenapa istilah ini tiada dalam kamus dewan. sekian, terima kasih | 1. Di bawah kata dagang ada kata terbitan mendagangkan dan memperdagangkan yang bermaksud menjadikan sesuatu untuk dijual beli, atau dalam kata lain disebut menjualbelikan (barang-barang perniagaan), atau memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): seperti contoh ayat - rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sebagai menjual kambing dan lembu. Oleh itu, kata terbitan memperdagangkan bermaksud perihal menjadikan sesuatu (termasuk manusia) untuk dijual beli atau meperniagakan manusia. Perkataan pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization. | Tatabahasa | 31.03.2010 |