Prof. Dato' atau Dato' Prof.? | Lazimnya dalam protokol dan adat-istiadat, jawatan (Prof.) mendahului gelaran (Dato') seperti YBhg. Prof. Dato' Mustafa bin Muhammad. Walau bagaimanapun protokol ini tidak diikuti sepenuhnya kerana penerima boleh memilih untuk mendahului jawatan daripada gelaran atau sebaliknya mendahului gelaran daripada jawatan. | Lain-lain | 09.09.2011 |
Salam, Mohon keterangan lanjut tentang perbezaan penggunaan kepada dan pada. Terima kasih. | Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Sendi Nama Pedoman Bahasa. | Lain-lain | 15.02.2010 |
yang manakah betul penggunaannya? datuk professor @ professor datuk? contoh: datuk professor dr siti musliha @ professor datuk dr siti musliha (yg mana satu betul?) | Mengikut protokol, jawatan (Profesor) mendahului gelaran (Datuk) seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Siti Musliha. Walau bagaimanpun penerima boleh memilih untuk mendahului gelaran di hadapan nama seperti YBhg. Datuk Profesor Dr. Siti Musliha. Oleh itu, tentang penggunaan jawatan dan gelaran ini ada baiknya saudara merujuk kepada empunya nama tersebut. | Ejaan | 10.09.2011 |
Saya ingin bertanya tentang tatabahasa... Apakah AYAT SUNGSANG ITU . .Terima kasih. | Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 478. | Tatabahasa | 01.11.2015 |
Selamat sejahtera. Saya ingin mengetahui penggunaan kata penguat yang terkini. Terima kasih. | Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik. Contohnya: 1. Pakaian wanita itu sungguh cantik. 2. Pakaian wanita itu cantik sungguh. 3. Pemandangan di kawasan itu amat cantik. 4. Pemandangan di kawasan itu cantik amat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 259 - 261). | Tatabahasa | 10.01.2017 |
mACAM MANA PENGGUNAAN KATA PENGUAT YANG BETUL PADA SATU KATA ADJEKTIF? | Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Contohnya: 1. Pakaian wanita itu sungguh cantik. 2. Pakaian wanita itu cantik sungguh. 3. Pemandangan di kawasan itu amat cantik. 4. Pemandangan di kawasan itu cantik amat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 259 - 261). | Tatabahasa | 10.02.2018 |
kata penguat bolehkah kita menggunakan kata penguat berikut dalam ayat: Sungguh cantik amat............................ | Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik. Contohnya: 1. Pakaian wanita itu sungguh cantik. 2. Pakaian wanita itu cantik sungguh. 3. Pemandangan di kawasan itu amat cantik. 4. Pemandangan di kawasan itu cantik amat. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Saya mahukan kepastian mengenai penutup surat rasmi. Biasa kita lihat "Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih". Ayat di atas ialah ayat songsang. Jika ditukar menjadi ayat biasa dalam bentuk ayat aktif akan menjadi "Saya mendahului dengan ucapan terima kasih segala kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat ini tidak gramatis kerana tergantung. Sepatutnya ditulis begini mengikut pemahaman saya. Susunan ayat biasa "Saya mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat songsang "Atas kerjasama yang diberikan saya dahulukan ucapan terima kasih". kalau "didahului dengan", kata kerja aktifnya ialah mendahului. sepatutnya mendahulukan. Apa pandangan DBP tentang perkara ini? | Tuan/puan yang budiman, Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan. Ciri apitan ini dan maknanya sama seperti yang terkandung dalam imbuhan meN-…-kan. Contoh: mendahulukan (aktif) - didahulukan (pasif) menyatakan (aktif) - dinyatakan (pasif) Seperti di-…-kan, apitan di-…-i ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif meN-…-i, contohnya: mendahului (aktif) - didahului (pasif) mengotori (aktif) - dikotori (pasif) Oleh itu, ayat yang betul yang lazim digunakan ialah: i. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. ii. Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 10.10.2018 |
Adakah ayat songsang di bawah ini betul? Akan sampai di Tanjung Sepat bilakah Zaki? terima kasih. | Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Oleh hal yang demikian, benar ayat yang dinyatakan ialah ayat songsang. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Bolehkah jika kita menggunakan para jiran? Adakah betul frasa tersebut? | Salam sejahtera, Para melalui Kamus Dewan Bahasa bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Oleh itu, perkatan jiran sudah memadai untuk menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu. Sekian, terima kasih. layari laman web www.prpm.dbp.gov untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
| Tatabahasa | 10.06.2020 |