Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.hu.lu.kan] | مندهولوکن

Definisi : 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus di­dahulukan drpd kerja sendiri; 2. mem­berikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.hu.lu.kan] | مندهولوکن

Definisi : 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendahulukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM, SAYA INGIN MENDAPAT KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN DENGAN SUSUN ATUR SENARAI S.K. (SALINAN KEPADA)..SIAPAKAH YANG PERLU DIDAHULUKAN? ADAKAH PERLU MENGIKUT SENIORITY ATAUPUN PERLU MENDAHULUKAN SENARAI DALAMAN DAHULU? TERIMA KASIH

Saudara,

Dalam menulis salinan kepada, penerima disusun mengikut kekananan dan diikuti dengan nama penerima dalaman juga disenaraikan mengikut kekananan.

Lain-lain14.06.2010
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan untuk siapakah yang perlu didahulukan? tetamu jemputan atau ketua di organisasi tersebut?Dalam situasi biasa, alu-aluan akan mendahulukan tetamu jemputan yang diundang khas sebagai tetamu kenamaan.Tatabahasa04.08.2016
Saya mahukan kepastian mengenai penutup surat rasmi. Biasa kita lihat "Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih". Ayat di atas ialah ayat songsang. Jika ditukar menjadi ayat biasa dalam bentuk ayat aktif akan menjadi "Saya mendahului dengan ucapan terima kasih segala kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat ini tidak gramatis kerana tergantung. Sepatutnya ditulis begini mengikut pemahaman saya. Susunan ayat biasa "Saya mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat songsang "Atas kerjasama yang diberikan saya dahulukan ucapan terima kasih". kalau "didahului dengan", kata kerja aktifnya ialah mendahului. sepatutnya mendahulukan. Apa pandangan DBP tentang perkara ini?

Tuan/puan yang budiman,

 

Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan. Ciri apitan ini dan maknanya sama seperti yang terkandung dalam imbuhan meN-…-kan.

 

Contoh:

 

mendahulukan (aktif)      -         didahulukan (pasif)

menyatakan (aktif)          -        dinyatakan (pasif)

 

Seperti di-…-kan, apitan di-…-i ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif meN-…-i, contohnya:

 

mendahului  (aktif) -           didahului (pasif)

mengotori (aktif)      -           dikotori (pasif)

 

 

Oleh itu, ayat yang betul yang lazim digunakan ialah:

 

i.              Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

ii.            Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Lain-lain10.10.2018
Saya keliru dengan soalan B.M. tentang ayat songsang seperti berikut: Pemandangan di pantai pada waktu senja cantik sungguh. Apabila ayat ini ditukar kepada ayat biasa, jawapannya seperti berikut: Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. Mohon beri penjelasan mendalam. Terima kasih atas kerjasama tuan.Ayat songsang mendahulukan predikat sebelum subjek. Oleh itu, frasa  'Pemandangan di pantai pada waktu senja' (predikat) + 'cantik sungguh' (subjek) membentuk satu ayat songsang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 457.Tatabahasa16.05.2011
Assalamualaikum, Mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan: Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ seperti yang ditunjukkan pada Contoh 1, manakala surat kepada orang awam hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’. Surat yang khusus kepada Ketua Agensi yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah mendahulukan kata hormat dan gelaran kebesarannya seperti ‘YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’. Begitu juga bagi surat kepada orang awam yang mempunyai gelaran kebesaran. Contoh 2 menunjukkan contoh panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran. Di sini timbul kekeliruan, sekiranya Gelaran Ketua Agensi itu seperti ‘Datuk Bandar’, adakah panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’ sebagaimana Contoh 3. Sekian, terima kasih.Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan.
Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 
Lain-lain27.10.2016
Leong Yun Kui Jul 2nd, 6:09pm Saya seorang guru bahasa. Akhir-akhir ini kami berasa keliru dengan beberapa contoh ayat songsang yang diterangkan dalam Buku Tatabahasa dewan Jilid terbaharu. Ayat Biasa: Saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu pada masa dahulu. AYat Songsang: Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. (Adakah ini ayat songsang? Saya berpendapat ayat ini hanya mengalami pendepanan salah satu daripada frasa keterangan dalam bahagian predikat. Namun, struktur ayatnya masih jelas bersusunan subjek di depan dan predikat masih berada di belakang. Saya berpendapat sepatutnya..ayat songsangnya sepatutnya ..Pernah mendiami perkampungan orang asli itu saya pada masa dahulu. Harap balas..1. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, pada masa dahulu, saya. Ayat songsang seluruh. 2. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, saya, pada masa dahulu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan kata kerja). 3. Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan keterangan).Tatabahasa02.08.2015
1.Aslkm.Tuan, apabila kita menulis teks pengacaraan, mana satukah yang tepat- menulis nama tetamu kemudian jawatannya atau menyebut jawatannya dahulu baru nama tetamu. 2.Apakah makna perkataan road show dalam bahasa malaysia? 3. Apakah maksud perkataan rausyanfikir? 4. Adakah betul cara menulis angka di bawah 10 dengan menggunakan perkataan? terima kasih1. Dalam situasi pengacaraan, kami cadangkan saudara mendahulukan jawatan dan diikuti dengan nama. 2. Terjemahan road show ialah jerayawara. 3. Bahasa Parsi yang bermaksud pemikir reformasi celik atau ahlifikir.  4. Kenyataan saudara adalah betul, nombor sepuluh dan ke bawah ditulis dengan perkataan.Penyemakan dan penterjemahan15.11.2008
SAYA SUDAH HANTAR PERMOHONAN SEMAK EJAAN PUKUL 1PM (4/5/2017) SAMPAI SEKRANG PUKUL 4PM (5/5/2017) MASIH TOADA RESPON...SUSAH SANGAT KE BUAT KERJA TU??????? DULU DAH LA SURUH BUAT PEMBETULAN SAMPAI 2X..TAK SEMAK BETUL2 KE? SILA AMBIL PEKERJA YANG BERTAULIAH SIKIT...BUKAN JENIS TAK RETI BAHSA NI....Kami mohon maaf atas kesulitan yang tuan alami. Sila kemukakan nombor pendaftaran iklan tuan untuk kami mendahulukan gilirannya.Lain-lain05.05.2017
saya keliru dengan pengunaan perkataan tersilap dihantar atau tersilap menghantar. Sudi menerangkan pengunaan perkataan dihantar dan menghantar. Bersama-sama ini dikemukakan surat daripada Mahkamah Tinggi Kuantan yang tersilap dihantar/ tersilap menghantar ke Kamar ini untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.Frasa yang betul ialah tersilap menghantar. Menghantar ialah kata kerja aktif dan dihantar ialah kata kerja  pasif dan kata kerja pasif lazimnya mendahulukan  objek asal sebagai keterangan seperti makanan dihantar kepada Ali. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk kata kerja aktif dan kata kerja pasif.Tatabahasa03.01.2014
assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu sayaSusunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab.Tatabahasa13.03.2013
12

Kembali ke atas