(Saya mendaki gunung) dan (Saya mendaki ke gunung),mana satu salah? | Ayat yang gramatis ialah saya mendaki gunung. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQ | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Mendaki gunung (ialah, adalah) aktiviti yang sangat digemari oleh golongan muda. | Mendaki gunung ialah aktiviti yang sangat digemari oleh golongan muda. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Apakah kesalahan dalam ayat ini. *Beta bercadang untuk membukukan pengalamannya semasa mendaki Gunung Everest.* | Beta berhasrat untuk membukukan pengalamannya mendaki Gunung Everest. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Saudara Gina, jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit | Tatabahasa | 27.05.2010 |
Hi, nak tanya ayat berikut boleh digunakan tak? Jika tidak, apa yang sesuai? 1. Kanak-kanak semua suka binatang kecil. 2. Bilakah tarikh hari jadi awak? 3. Saya tidak berminat terhadap mendaki gunung. (atau berminat dalam?) 4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Tidak mirip. Mohon jawapan dari pihak tuan. Terima kasih | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Semua kanak-kanak suka akan binatang kecil/Semua kanak-kanak menyukai binatang kecil. 2. Bilakah tarikh hari jadi awak? 3. Saya tidak berminat dalam aktiviti mendaki gunung/Saya tidak berminat untuk mendaki gunung. 4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Nampaknya tidak seperti panda.
| Tatabahasa | 20.06.2019 |
Hasrat Aiman untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan terpaksa dimansuhkan. Adakah perkataan 'dimansuhkan' dalam ayat di atas salah penggunaannya? Salam. | Dimansuhkan bermakna dibatalkan. Jadi penggunaan perkataan dimansuhkan dalam tersebut tidak salah. | Istilah | 13.06.2014 |
Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak sekolah tentang perkara ini. | Makna | 08.08.2008 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Sila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler Lane Departure Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2015 |
assalamualaikum, menaiki or mengambil lif?? mana yang betul eh? | Waalaikumussalam... Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dan lain-lain), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai, atau memasuki rumah melalui tangga manakala mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya, memungut sesuatu yg ada di bawah, menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak), memerlukan; memakan, mendapatkan sesuatu (seperti sukatan, bacaan), atau menerima orang untuk bekerja. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah menggunakan lif. | Tatabahasa | 01.04.2019 |