Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.daÖ.wa]/[men.da/.wa] | مندعوا

Definisi : 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau menge­muka­kan sesuatu sbg satu kenyataan atau ke­benaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.daÖ.wa]/[men.da/.wa] | مندعوا

Definisi : 1 menyampaikan aduan (tuduhan dll) kpd hakim atau mahkamah; menuntut: Isterinya enggan ~nya di mahkamah. 2 membuat pengakuan; mengaku: Mereka ~ bahawa agama merekalah yg benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendakwa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah kategori kesalahan bagi perkataan "diganggu-ugut"

Salam sejahtera,


Tidak wujud frasa 'diganggu-ugut' dalam bahasa melayu. Yang ada hanyalah perkataan diganggu-gugat merujuk kepada mengganggu-gugat mengganggu dan mendakwa, memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan.

Makna07.11.2012
Yang manakah betul untuk penggunaan "di atau pada" dan "ke/kepada" dalam ayat berikut: 1. Pesakit mendakwa beliau telah ditumbuk *di/pada bahagian kepala sebanyak 4 kali. 2. Pesakit mengadu sakit *di/pada bahagian bawah belakang badannya. 3. Kesakitan minimum *di/pada bahagian bawah belakang badan. 4. Rujukan (referral of patient) *ke/kepada Jabatan Psikiatri telah dibuat. Mohon huraian penjelasan bagi setiap soalan. Terima kasih.Jawapan yang betul seperti berikut,

1. Pesakit mendakwa beliau telah ditumbuk pada bahagian kepala sebanyak empat kali.
2. Pesakit mengadu sakit pada bahagian bawah belakang badannya.
3. Kesakitan minimum pada bahagian bawah belakang badan.
4. Rujukan kepada Jabatan Psikiatri telah dibuat.
Tatabahasa08.01.2022
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi." Mereka mendakwa dengan berkata,"Kami ialah orang yan melakukan kebaikan." Soalan; adakah huruf besar dan tanda bacaan betul dalam petikan tersebut.Penggunaan huruf besar dan tanda bacaan dalam petikan tersebut adalah betul. (kecuali ejaan yang - tertinggal huruf g)Lain-lain16.11.2020
Apakah bentuk yang baku pula antara "tampak" dengan "nampak"? Dalam maya, ada orang mendakwa bentuk baku "tampak" kerana “tampak” lebih padan dengan lidah orang Indonesia. Saya berpendapat bahawa "tampak" baku bukan kerana kelumrahan pengucapan orang Indonesia, tetapi mungkin apabila menerima awalan me-, t menjadi n, iaitu "menampakkan", jadi kata dasar pastinya "tampak". Tetapi, saya tidak membuang kemungkinan bahawa "menampakkan" juga dapat berasal daripada "nampak" kerana huruf awal n juga ditambah dengan awalan me- dan kekal bentuknya, seperti nyala + me- ---> menyala (huruf n kekal); nanti + me- ---> menanti (jadi asal "menanti" tidak mungkin "tanti" kerana memang huruf asal n "menanti" huruf n juga, iaitu n pada "nanti"). Oleh itu, kedua-dua bentuk "tampak" dan "nampak" juga jitulah? Ataupun, ada orang salah memahami bahawa asal "menampakkan" "nampak" tanpa mengembalikan huruf awal n "menampakkan" kepada t yang usul pada "tampak", jadi hendaknya kata dasar "menampakkan" berupa "tampak"?Dalam bahasa Melayu, penggunaan perkataan sama ada pinta atau  minta, pikir atau fikir, tampak atau nampak merupakan satu variasi dan menunjukkan keunikan bahasa Melayu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat. Sesungguhnya kita tidak boleh menghukum mengatakan bahawa sesuatu ejaan tersebut salah kerana sifat bahasa yang unik bagi konteks penggunaan p atau m. Pihak kami hanya  menjawab berdasarkan data rujukan kami, iaitu buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan serta bahan rujukan terbitan DBP. Bagi merungkai permasalahan yang lebih lanjut, puan/tuan bolehlah merujuk yang lebih arif tentang kajian atau pendapat puan/tuan.  Tatabahasa19.12.2016
Salam,Tuan/Puan.Saya mahu bertanyakan soalan tentang tatabahasa dalam beberapa ayat yang berikut.Adakah beberapa ayat muncul kesalahan tatabahasa atau bahasa?Terima kasih Tuan/Puan Ibrahim Derani, 64, mendakwa dalam kejadian itu, anaknya yang sedang mengembala lembu dalam ladang itu terserempak dengan harimau berkenaan. Beliau berkata, anaknya dikatakan melihat harimau berkenaan sedang mengheret seekor anak lembu dalam keadaan berdarah sejauh hanya 50 meter.
Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti di bawah.

Ibrahim Derani, 64 tahun, mendakwa dalam kejadian itu, anaknya yang sedang mengembala lembu di ladang itu terserempak dengan harimau berkenaan. Beliau berkata, anaknya melihat harimau berkenaan sedang mengheret seekor anak lembu dalam keadaan berdarah sejauh 50 meter.
Tatabahasa22.06.2021
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita?Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat  bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum.Tatabahasa27.12.2016
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..?Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain.Lain-lain02.02.2013
Apa beza perkataan 'dakwaan' dengan 'pendakwaan'? Berikan makna dan contoh ayat untuk kedua-duanya sekali.Merujuk kepada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), memang ada perbezaan antara pendakwaan dengan dakwaan, iaitu: 

pendakwaan ڤندعواءن  
n proses atau perbuatan mendakwa, mendakwai atau mendakwakan:
Pendakwaan akan dilakukan thp premis-premis yg melanggar akta tsb.tMaka perkara hutang piutang, pendakwaan dsb diputuskan menurut adat istiadat negeri.tMereka marah sekali krn pendakwaan itu tidak beralasan.

dakwaan دعواءن  
n 1 tuduhan, tuntutan, aduan dsb yg dikemukakan di mahkamah utk dibicarakan: Syarikat kenderaan
itu diputuskan tidak bersalah atas dakwaan cuai.

2 hal atau perkara yg didakwa benar oleh sso atau sst pihak: Saiful menyiasat dakwaan orang mengenai isterinya. Dakwaan bahawa terdapat banyak kesalahan dlm perjanjian itu tidak munasabah sekali.
Lain-lain09.06.2021

Kembali ke atas