| Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan 'semilir'.. adakah semilir perlu didahului dengan perkataan angin semilir atau bayu semilir. Atau semilir boleh berdri sendiri tanpa angin atau bayu. Contoh ayat 1. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran semilir petang. 2. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran angin semilir petang. | Salam sejahtera, Semilir wujud dalam rangkap ganda perkataan silir-semilir yang bermaksud bertiup perlahan-lahan. Dalam wacana bahasa perkataan ini perlu ditulis angin silir-semilir. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
| Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan 'semilir'.. adakah semilir perlu didahului dengan perkataan angin semilir atau bayu semilir. Atau semilir boleh berdri sendiri tanpa angin atau bayu. Contoh ayat 1. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran semilir petang. 2. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran angin semilir petang. | Semilir wujud dalam rangkap ganda perkataan silir-semilir yang bermaksud bertiup perlahan-lahan. Dalam wacana bahasa perkataan ini perlu ditulis angin silir-semilir. | Tatabahasa | 21.03.2018 |
| Akhirnya Hock Seng dapat mendamaikan kedua-dua orang sahabatnya yang bercanggahan pendapat. munsyi, bercanggahan atau bercanggah sesuai digunakan, TQ | Kedua-duanya betul, luntuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bercanggah. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
| Apa beza 'pendamaian' dengan 'perdamaian'? | Pendamaian bermaksud perihal mendamaikan dan perdamaian bermaksud perihal berdamai. | Makna | 20.06.2013 |
| BERPAGAR, BERPENGAWAL DAN BERMESRA ALAM atau apa yang sesuai | Frasa yang sesuai antaranya termasuklah "Berpagar, berpengawal dan suasana kehijauan yang mendamaikan". | Tatabahasa | 23.12.2015 |
| Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah Tuhan | Waalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my. Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih. | Lain-lain | 30.11.2013 |